Citation
Arham Abdullah (2026) Lentera Hikmah Naib Canselor #64: AKKPT2025 pentas menguji kematangan ekosistem keusahawanan UMK. [Corporate Memory] |
Abstract
AKKPT2025 pentas menguji kematangan ekosistem keusahawanan UMK Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Warga UMK sekalian, UMK diberi mandat sebagai universiti keusahawanan negara. Namun hakikatnya, budaya keusahawanan di UMK tidak datang secara automatik. UMK lahir hampir tanpa apa-apa, tidak seperti sebahagian universiti awam lain yang memulakan operasi daripada kolej atau institusi sedia ada sebelum dinaik taraf menjadi universiti. Apa yang UMK ada ketika itu hanyalah tekad, keyakinan dan kesungguhan warga universiti untuk membina jalannya sendiri. Sedikit demi sedikit, UMK membangunkan ekosistem keusahawanan melalui mahasiswa, mentor, industri dan graduan. Kita membina budaya, membina jaringan dan belajar mencari serta mencipta peluang. AKKPT2025 menjadi pentas yang menguji sejauh mana kematangan ekosistem UMK. Usaha tersebut mula membuahkan hasil apabila UMK mencipta pencapaian membanggakan sempena Anugerah Keusahawanan Kementerian Pendidikan Tinggi 2025 (AKKPT25). UMKEI dinobatkan sebagai Juara Pusat Keusahawanan Terbaik, selain kejayaan dalam kategori Perusahaan Graduan Terbaik, Mentor Keusahawanan Terbaik dan Naib Johan perusahaan pelajar terbaik. Tahniah dan syabas kepada UMKEI, para pensyarah, mentor, pelajar, graduan, finalis serta seluruh warga UMK yang sentiasa komited memperkukuhkan agenda keusahawanan universiti. Kejayaan ini membuktikan bahawa universiti muda juga mampu berdiri sebaris di pentas nasional apabila bergerak dengan hala tuju yang jelas, disiplin dan semangat yang berterusan. Namun kemenangan bukan alasan untuk kita selesa. Lebih besar nama yang dibina, lebih besar amanah yang perlu dijaga. Ikhlas, |
Download File / URL
|
Additional Metadata
| Item Type: | Corporate Memory |
|---|---|
| Collection Type: | Naib Canselor |
| Date: | 24 May 2026 |
| Subject Heading: | Communication |
| Subject Heading: | Top management |
| Subject Heading: | Reflections |
| Subject Heading: | Vice Chancellor |
| Institution: | Universiti Malaysia Kelantan |
| URI: | http://discol.umk.edu.my/id/eprint/18202 |
| Statistic Details: | View Download Statistic |
