Digital Special Collection Portal

Lentera Hikmah Naib Canselor #62: Selamat hari pekerja- pekerja madani kesuma bangsa


Citation

Arham Abdullah (2026) Lentera Hikmah Naib Canselor #62: Selamat hari pekerja- pekerja madani kesuma bangsa. [Corporate Memory]

Abstract

SELAMAT HARI PEKERJA- PEKERJA MADANI KESUMA BANGSA

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Salam UMK4U, 1 Hati 1 Jiwa.

Selamat Hari Pekerja kepada seluruh warga UMK.

Tidak semua hero perlu ada gelaran.
Kadang-kadang kita rasa apa yang kita buat adalah kecil.
Penat, rutin dan tak nampak hasil. Tidak, sekecil apa pun sumbangan kita, selagi ianya ikhlas dan amanah, ia pasti berbekas, pasti bermakna.

Allah sebut dalam Al-Quran
“Dan katakanlah: Beramallah kamu (sebarang perbuatan), maka Allah, Rasul-Nya dan orang-orang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan. Surah At-Taubah 105

Pesanan saya, buat kerja dengan jujur, jaga amanah dan perbaiki bila tersilap.

Bukan semua kerja perlu nampak hebat. Yang penting, perlu betul dan telus.

Kalau kita jaga amanah, insya-Allah amanah akan jaga kita.

Kepada seluruh warga UMK, terima kasih atas komitmen, kesungguhan dan pengorbanan yang tidak pernah putus dalam memartabatkan institusi ini.

Sudah tentu, kita semua adalah hero, biarpun tanpa gelaran. Teruskan berkhidmat selagi ianya baik, betul dan bermanfaat. Terima kasih atas segalanya.

Selamat Hari Pekerja 2026, UMKRIAN.

Ikhlas,
Arham Abdullah

Download File / URL

[thumbnail of BANNER LH#62.png] Image
BANNER LH#62.png

Download (2MB)
[thumbnail of LENTERA HIKMAH #62.pdf] Text
LENTERA HIKMAH #62.pdf

Download (113kB)

Additional Metadata

Item Type: Corporate Memory
Collection Type: Naib Canselor
Date: 3 May 2026
Subject Heading: Communication
Subject Heading: Top management
Subject Heading: Reflections
Subject Heading: Vice Chancellor
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/17690
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2