Digital Special Collection Portal

Lentera Hikmah Naib Canselor #61: Pengorbanan tunai, mengukur syukur, menuai keberkatan


Citation

Arham Abdullah (2026) Lentera Hikmah Naib Canselor #61: Pengorbanan tunai, mengukur syukur, menuai keberkatan. [Corporate Memory]

Abstract

PENGORBANAN TUNAI, MENGUKUR SYUKUR, MENUAI KEBERKATAN

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Salam UMK4U, 1 Hati 1 Jiwa.

Dalam kesibukan kita mengurus tanggungjawab harian, adakala kita terlupa untuk berhenti seketika dan merenung betapa luasnya nikmat yang telah Allah SWT kurniakan sepanjang perjalanan hidup kita. Kita dikurniakan kesihatan, dilimpahkan rezeki yang mencukupi, serta dianugerahkan kehidupan yang aman dan stabil.

Apabila tiba seruan ibadah korban, sering kali ia dilihat sebagai satu kewajipan dalam meraikan Aidiladha. Namun jika kita hayati dengan lebih mendalam, ibadah ini sebenarnya adalah ruang yang sangat indah untuk kita menzahirkan rasa syukur kepada Allah SWT. Firman-Nya, “Dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berkorbanlah sebagai ibadah dan bersyukur.” Surah Al Kautsar ayat 2.

Dalam kehidupan seharian, kita berusaha memenuhi pelbagai keperluan dan tanggungjawab. Namun apabila hadirnya peluang untuk menginfakkan sebahagian rezeki, ia sebenarnya adalah jemputan daripada Allah SWT untuk kita mendekatkan diri kepada-Nya, menyucikan hati dan membuka pintu keberkatan. Allah SWT mengingatkan, “Daging dan darah binatang korban itu tidak sekali kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah ketakwaan kamu.” Surah al Haj ayat 37.

Ibadah ini mendidik kita tentang keikhlasan, keutamaan dan kesediaan untuk memberi. Rasulullah SAW bersabda, “Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak Adam pada hari raya korban yang lebih disukai Allah melainkan menumpahkan darah korban.” Riwayat at Tirmizi.

Di sinilah kita perlu melihat dengan perspektif yang lebih luas. Inilah ROI yang Allah janjikan, bukan sekadar pulangan material, tetapi keberkatan, ketenangan dan keampunan dalam kehidupan. Di Universiti Malaysia Kelantan, Pusat Islam UMK menyediakan platform bagi memudahkan warga universiti melaksanakan ibadah ini dengan teratur dan diyakini. Saya menyeru agar kita melihat usaha ini sebagai satu budaya murni yang menyatukan kita dalam semangat memberi dan berkongsi.

Akhir kata, marilah kita bersama sama merebut peluang ini, mengikut kemampuan masing-masing. 800 riyal jah… Jadikan ibadah korban sebagai manifestasi kesyukuran, bukan kerana kewajipan semata mata, tetapi kerana kita memahami makna di sebaliknya.

Semoga setiap usaha dan pengorbanan kita diterima oleh Allah SWT dan menjadi asbab kepada keberkatan yang berpanjangan dalam kehidupan kita semua.

Sekian, terima kasih.

Ikhlas,
Arham Abdullah

Download File / URL

[thumbnail of BANNER LH#61.png] Image
BANNER LH#61.png

Download (2MB)
[thumbnail of LENTERA HIKMAH #61.pdf] Text
LENTERA HIKMAH #61.pdf

Download (115kB)

Additional Metadata

Item Type: Corporate Memory
Collection Type: Naib Canselor
Date: 26 April 2026
Subject Heading: Communication
Subject Heading: Top management
Subject Heading: Reflections
Subject Heading: Vice Chancellor
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/17689
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2