Citation
Arham Abdullah (2026) Lentera Hikmah Naib Canselor #60: UMK30: Navigating the true north dari perspektif 30,000 kaki ke 3 kaki. [Corporate Memory] |
Abstract
UMK30: NAVIGATING THE TRUE NORTH DARI PERSPEKTIF 30,000 KAKI KE 3 KAKI Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam UMK4U, 1 Hati 1 Jiwa. Minggu ini saya ingin mengajak kita semua merenung sejenak, adakah kita benar-benar berpuas hati dengan apa yang telah kita capai di UMK hari ini atau kita sekadar selesa dalam pergerakan yang kelihatan sibuk tetapi tidak membawa kita ke arah yang tepat. Kita perlu bergerak seiring dengan kepantasan dunia. Namun, kelajuan tanpa arah yang jelas hanya akan menyebabkan kita tersasar daripada matlamat sebenar. Sepanjang tempoh ini, saya melihat potensi besar dalam UMK serta komitmen tinggi warganya. Namun, cabaran utama yang masih kita hadapi ialah jurang antara perancangan dan pelaksanaan. UMK tidak kekurangan strategi. Kita mempunyai pelan, KPI dan kerangka tindakan yang lengkap. Tetapi persoalannya, sejauh mana semua ini benar-benar diterjemahkan dalam tindakan harian yang berkesan? Banyak organisasi gagal bukan kerana kurang idea, tetapi kerana terperangkap dalam “illusion of progress” iaitu merasakan diri maju, sedangkan hakikatnya hanya berputar di tempat yang sama. Kita sering berada di aras 30,000 kaki, melihat perancangan secara besar dan indah, tetapi jauh daripada realiti pelaksanaan sebenar. Sedangkan kejayaan sebenar berlaku di aras 3 kaki sahaja di lapangan, melalui tindakan yang jelas, peranan yang terperinci dan hasil yang boleh dilihat. Saya mahu UMK menjadi institusi yang cekap melaksana dan berdisiplin dalam menyempurnakan setiap agenda. UMK30 ialah kompas kita, namun kompas hanya bermakna jika disertai tindakan. Saya sering mengajak warga UMK untuk menjadikan Majlis Naratif Aspirasi Naib Canselor sebagai ruang terbuka bagi menilai pencapaian dan keberkesanan setiap teras yang kita telah rancangkan. Untuk melangkah lebih jauh, kita perlu beralih daripada planning comfort kepada “execution discipline”. Kurangkan kebergantungan kepada mesyuarat dan laporan, dan fokus kepada tindakan yang konsisten, keutamaan yang jelas serta akauntabiliti. Saya menyeru agar pendekatan “Big Fast Results Lab (BFR)” diadaptasi sebagai budaya kerja. Pendekatan ini menekankan pelaksanaan yang pantas, penilaian berterusan dan penambahbaikan berasaskan hasil sebenar. Perubahan ini menuntut anjakan budaya daripada bekerja secara silo kepada sistem yang bersepadu, dan daripada merancang kepada melaksanakan secara konsisten sehingga mencapai hasil. Sebagai nakhoda, saya komited untuk membina kepercayaan dan menyatukan kekuatan kita. Strategi sudah ada, kini tiba masanya untuk membuktikan keberkesanannya. Saya yakin, dengan kesatuan, kejelasan dan kepercayaan, UMK mampu melakar legasi yang lebih gemilang. Sekian, terima kasih. Ikhlas, |
Download File / URL
|
Additional Metadata
| Item Type: | Corporate Memory |
|---|---|
| Collection Type: | Naib Canselor |
| Date: | 19 April 2026 |
| Subject Heading: | Communication |
| Subject Heading: | Top management |
| Subject Heading: | Reflections |
| Subject Heading: | Vice Chancellor |
| Institution: | Universiti Malaysia Kelantan |
| URI: | http://discol.umk.edu.my/id/eprint/17688 |
| Statistic Details: | View Download Statistic |
