Citation
Arham Abdullah (2026) Lentera Hikmah Naib Canselor #59: Mengurus sumber dengan bijak, langkah kecil impak besar untuk UMK. [Corporate Memory] |
Abstract
Mengurus sumber dengan bijak, langkah kecil impak besar untuk UMK Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam UMK4U, 1 Hati 1 Jiwa. Situasi global yang tidak menentu akibat konflik di beberapa rantau dunia kini memberi kesan langsung kepada kestabilan ekonomi dan bekalan tenaga. Implikasi ini turut dirasai di Malaysia, termasuk dalam pengurusan sumber dan kelangsungan operasi di UMK. Dalam konteks UMK, kebergantungan kepada utiliti bagi menyokong operasi harian menjadikan pengurusan tenaga sebagai keutamaan. Justeru, langkah penjimatan utiliti merupakan pendekatan penting bagi memperkukuh kecekapan operasi serta memelihara kelestarian institusi. Saya amat menghargai usaha pihak pengurusan dan seluruh warga UMK atas komitmen dalam menyokong usaha dasar penjimatan ini. Lebih membanggakan, komitmen yang ditunjukkan ini telah mencerminkan tahap kefahaman dan kebersamaan yang tinggi dalam menghadapi situasi semasa. Amalan penggunaan sumber secara berhemah, walaupun melalui tindakan kecil, mampu memberi impak yang signifikan dalam mengurangkan pembaziran tenaga. Seperti mana hebahan berkala Amalan Jimat Elektrik yang telah dibuat oleh pihak universiti, marilah sama-sama kita terus mengoptimumkan penggunaan tenaga elektrik ini. Kos peruntukan penggunaan utiliti universiti masih berpotensi untuk dijimatkan melalui amalan yang lebih berhemah dan terancang. Gunakan pada kadar yang diperlukan tanpa menjejaskan produktiviti dan keselesaan kerja. Sebagai contoh, penggunaan penghawa dingin perlu dikawal dengan penetapan suhu sesuai, ditutup lebih awal serta memastikan ruang sentiasa tertutup. Alternatif seperti kipas, cahaya semula jadi dan platform dalam talian juga wajar dimanfaatkan bagi menyokong kecekapan penggunaan sumber. Saya percaya amalan berterusan ini bukan sahaja membantu menjimatkan kos operasi, malah membolehkan kos tanggungan sumber ini disalurkan kepada keutamaan lain seperti pembangunan akademik, penyelidikan dan kebajikan warga UMK. Walaupun situasi semasa memberi cabaran kepada kita semua, namun kita masih mampu mengawal tindakan menerusi pendekatan tersendiri. Teruslah kekal tenang, saling menyokong dan bersama-sama mengharungi keadaan ini dengan penuh bijaksana. Akhir kata, marilah sama-sama kita mengamalkan sikap berhemah, mengurangkan pembaziran dan memperkukuh kecekapan operasi demi kesejahteraan UMK. Sekian, terima kasih. Ikhlas, |
Download File / URL
|
Additional Metadata
| Item Type: | Corporate Memory |
|---|---|
| Collection Type: | Naib Canselor |
| Date: | 12 April 2026 |
| Subject Heading: | Communication |
| Subject Heading: | Top management |
| Subject Heading: | Reflections |
| Subject Heading: | Vice Chancellor |
| Institution: | Universiti Malaysia Kelantan |
| URI: | http://discol.umk.edu.my/id/eprint/17687 |
| Statistic Details: | View Download Statistic |
