Digital Special Collection Portal

Keberkesanan program kewangan mikro di kalangan orang miskin di Malaysia : kajian kes di Selangor


Citation

Hamdino Bin Hamdan (2010) Keberkesanan program kewangan mikro di kalangan orang miskin di Malaysia : kajian kes di Selangor. Doctoral thesis, Universiti Malaya Kuala Lumpur.

Abstract

Program kewangan mikro dilihat semakin penting dan penyumbang utama kepada pembentukan peluang-peluang pekerjaan baru dan juga penjanaan pendapatan bagi tujuan peningkatan taraf sosial dan ekonomi orang miskin serta membasmi kemiskinan. Integrasi konsep keusahawanan, latihan dan microenterprise ke dalam program kewangan mikro turut membantu meningkatkan impak keberkesanan program kewangan mikro keatas peserta bagi tujuan peningkatan pendapatan peserta dan juga pembasmian kemiskinan. Bermula dari pengenalan Dasar Ekonomi Baru (DEB) 1970, kerajaan Malaysia telah menyedari akan kepentingan program kewangan mikro yang mengintegrasikan konsep keusahawanan dan juga microenterprise bagi tujuan pembasmian kemiskinan dan juga untuk pertumbuhan ekonomi secara keseluruhannya. Program-program pembiayaan mikro ini dikendalikan oleh pelbagai institusi dan agensi kerajaan terutamanya yang bukan berbentuk perbankkan. Institusi terpenting yang dikaji dan terlibat dengan pembiayaan mikro bagi tujuan pembasmian kemiskinan di Malaysia adalah Lembaga Zakat Selangor (LZS), Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) Selangor, Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dan Yayasan Tekun Nasional (TEKUN). Namun demikian timbul persoalan samada program kewangan mikro ini berjaya mencapai matlamatnya untuk meningkatkan taraf sosio ekonomi orang miskin. Justeru, fokus utama kajian ini adalah untuk menilai impak keberkesanan program kewangan mikro YBK Selangor, AIM, TEKUN dan LZS dalam meningkatkan pendapatan peserta program bagi tujuan pembasmian kemiskinan menerusi konsep keusahawanan, dengan menjalankan perniagaan berbentuk microenterprise.
Menerusi ujian univariate dan multivariate yang dijalankan didapati bahawa program mikro AIM adalah program yang paling berkesan dalam meningkatkan pendapatan peserta dan juga taraf kehidupan mereka. Hasil kajian turut menunjukkan bahawa pemantauan, saiz dana, tujuan penggunaan dana dan jumlah pendapatan sebelum terlibat dengan kewangan mikro, mempengaruhi jumlah pendapatan yang dijana. Namun demikian program kewangan mikro berasaskan pada Syariah dan Kewangan Islam juga mempunyai potensi yang tinggi dalam membantu orang miskin mempelbagaikan aktiviti ekonomi, meningkatkan pendapatan dan juga taraf kehidupan mereka. Dalam hal ini zakat dilihat amat sesuai untuk menyokong program kewangan mikro Islam.

Download File / URL

Full text not available from this repository.

Additional Metadata

Item Type: UMK Etheses
Collection Type: Thesis
Date: 2010
Subject Heading: Microfinance-Malaysia
Number of Pages: 449
Call Number: HG178.3 |b.H36 2010 tes
Research Type: Quantitative
Programme: Doctor of Philosophy
Institution: Universiti Malaya Kuala Lumpur
Faculty/Centre/Office: The Office of Library and Knowledge Management
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/14514
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2