Digital Special Collection Portal

Representasi Kesantunan Budaya Menerusi Novel Baromkeh Matamu Di Mataku: Analisis Pendekatan Ihya’ Ulumuddin


Citation

Nurul Tasha Zuraimi (2024) Representasi Kesantunan Budaya Menerusi Novel Baromkeh Matamu Di Mataku: Analisis Pendekatan Ihya’ Ulumuddin. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan. (Submitted)

Abstract

Kajian yang dijalankan ini adalah bertujuan mengenal pasti bentuk kesantunan budaya yang berlaku dalam kalangan masyarakat menerusi teks sastera. Hal ini kerana, pengkaji ingin meneliti penulisan yang mengandungi nilai kesantunan budaya dalam teks sastera iaitu novel Baromkeh Matamu di Mataku (2008) karya Ummu Hani Abu Hassan. Di mana novel tersebut telah menggambar dan merakamkan kehidupan masyarakat di Bumi Syria di kawasan Baromkeh, kawasan tersebut didiami oleh masyarakat Arab yang dekat dengan bumi para an-Anbiya’. Pemilihan teks kajian ini juga adalah kerana penulis tersebut mempunyai pengalaman dan merasai kehidupan menyambung pelajarannya di Syria dalam bidang Usuluddin. Selain itu, melalui pengamatan pengkaji dunia pada hari ini kurang mengamalkan nilai kesantunan budaya dalam kehidupan seharian. Perkara ini dapat dibuktikkan di mana terdapat pelbagai masalah yang tidak bermoral berlaku dalam kalangan masyarakat pada masa kini yang bermula dengan perlakuan yang tidak menyenangkan dan dapat memberi kesan negatif kepada diri sendiri. Oleh itu, objektif kajian ini memfokuskan kepada tiga aspek penting iaitu mengenal pasti bentuk kesantunan budaya, menganalisis bentuk kesantunan budaya bertunjangkan pendekatan Ihya’ Ulumuddin dengan berpaksikan kepada rubu al-Adat yang digagaskan oleh Imam Al-Ghazali dan menjelaskan kesan kepada individu, masyarakat dan negara menerusi teks kajian. Metodologi kajian yang digunakan oleh pengkaji dalam meneliti kajian ini adalah pengkaji menggunakan kaedah kualitatif dengan menganalisis teks yang dilakukan terhadap novel yang dipilih oleh pengkaji. Hasil kajian mendapati bahawa nilai kesantunan budaya ini masih kuat dinormalisasikan oleh masyarakat yang terdapat dalam novel serta terdapat pihak yang bertanggungjawab dalam mencegah masyarakat lain dalam melakukan kemungkaran dengan cara berhemah dan santun.
Kata Kunci: Baromkeh Matamu di Mataku, Ummu Hani Abu Hassan, Kesantunan, Budaya, Pendekatan Ihya’ Ulumuddin, Rubu al-Adat

Download File / URL

[thumbnail of THESIS NURUL TASHA BINTI ZURAIMI C20A1375.pdf] Text
THESIS NURUL TASHA BINTI ZURAIMI C20A1375.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2024
Number of Pages: 123
Supervisor: Dr. Nordiana Ab Jabar
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/14487
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2