Kajian ini dilakukann bertujuan untuk mengkaji serta mengenalpasti Keunggulan kepengarangan Kumpulan Puisi Matahari Itu Jauh Rosli K Matari melalui Teori Teksdealisme terhadap prinsip yang terkandung dalam teori tersebut. Kajian ini turut diaplikasikan oleh teori yang dipilih oleh pengkaji adalah Teori Teksdealisme. Tujuan pengkaji memilih teori tersebut adalah untuk mengkaji dan menganalisis Keunggulan idealisme pengarang dalam menghasilkan karya tersebut. Hasil daripada kajian ini mendapati bahawa pengkaji telah mengenalpasti tema yang terdapat dalam Kumpulan Puisi Matahari itu jauh.Oleh itu, berdasarkan dapatan kajian yang diperoleh bahawa pengkaji menganalisis keunggualn pengarang melalui puisi berdasarkan pendekatan pelanggaran dan pengukuhan serta merumuskan keunggulan idealisme Rosli K Matari dalam Kumpulan Puisi Matahari Itu Jauh dalam karya puisi tersebut.Hal ini, dengan maklumat dapatan kajian yang diperolehi daripada hasil kajian ini dapat membantu para pengkaji baharu untuk mengkaji lebih mendalam berkaitan dengan Keunggulan Kepengarangan dalam puisi tersebut. Dengan ini, diharapkan supaya kajian ini dapat dijadikan sebagai satu rujukan serta panduan kepada pengkaji pada masa hadapan.
Kata kunci: Kepengaranga, keunggulan, Pemikiran, Rosli K Matari, Teori Teksdealisme.