Digital Special Collection Portal

Kajian Perlambangan Dalam Novel Leksikon Ledang: Satu Penelitian Teori Semiotik


Citation

Siti Aisyah Jamaludin (2024) Kajian Perlambangan Dalam Novel Leksikon Ledang: Satu Penelitian Teori Semiotik. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan. (Submitted)

Abstract

Penulisan novel mengungkap suatu penceritaan yang ingin disampaikan oleh pengarang kepada pembaca. Perlambangan yang digunakan oleh pengarang berpandukan kepada situasi masyarakat dan juga dipengaruhi latar masa ketika karya tertentu dihasilkan. Setiap perlambangan dalam karya bertujuan untuk mendidik, mengajar dan mengusulkan pemikiran kritis kepada pembaca. Dengan itu, melalui interpretasi dapat memberikan pemahaman berkaitan dengan novel kajian malah proses ini memudahkan untuk mempertimbangkan maksud yang ada dan perkara yang disampaikan oleh pengarang. Kajian ini menggunakan reka bentuk kualitatif iaitu kaedah kepustakaan yang di analisis secara deskriptif yang akan meneliti terhadap novel kajian. Kajian ini juga di analisis melalui teori Semiotik dengan menggunakan prinsip pertama dalam Semiotik Charles Sanders Peirce iaitu ikon, indeks dan simbol. Pengkaji mendapati bahawa prinsip ikon, indeks dan simbol sememangnya terkandung dalam novel Leksikon Ledang karya Nor Azida Ishak dan Fadhli Al-Akiti. Oleh itu, pengaplikasian teori Semiotik diambil bersesuaian untuk meneliti makna yang terdapat dalamnya. Objektif utama menfokuskan kepada pemaknaan kata-kata atau ayat yang terdapat di dalam novel kajian. Hasil dapatan kajian ini, pengkaji telah menemukan beberapa kata-kata atau ayat berdasarkan prinsip ikon iaitu ikon yang menggambarkan tempat, perasaan, waktu dan alam. Manakala prinsip indeks dan simbol juga ditemukan oleh pengkaji di dalam novel Leksikon Ledang. Justeru itu, jelas menunjukkan bahawa penerapan teori Semiotik sesuai diterapkan dalam mengkaji perlambangan yang mempunyai makna tersurat dan tersirat dalam karya Nor Azida Ishak dan Fadhli Al-Akiti dalam memberi pengajaran dan pengetahuan kepada pembaca.

Kata Kunci: Teori Semiotik, Leksikon Ledang, Perlambangan

Download File / URL

[thumbnail of SITI AISYAH BINTI JAMALUDIN [C20A1423] PROJEK PENYELIDIKAN AKHIR [FYP].pdf] Text
SITI AISYAH BINTI JAMALUDIN [C20A1423] PROJEK PENYELIDIKAN AKHIR [FYP].pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2024
Number of Pages: 104
Supervisor: Ts. Dr. Mohd Saipuddin Suliman
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/14462
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2