Digital Special Collection Portal

Konsep akal budi dalam naratif lisan terpilih di Kelantan


Citation

Tuan Siti Nurul Suhadah Tuan Adnan (2023) Konsep akal budi dalam naratif lisan terpilih di Kelantan. Masters thesis, Universiti Malaysia Kelantan.

Abstract

Naratif lisan merupakan satu karya kesusasteraan yang disampaikan daripada mulut ke mulut dalam kalangan masyarakat Melayu. Walau bagaimanapun, naratif lisan ini kian dilupakan oleh generasi muda kerana berlakunya kepesatan teknologi pada masa kini. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan menganalisis konsep akal budi dalam naratif lisan terpilih di Kelantan. Sehubungan itu, kajian ini menggunakan reka bentuk kaedah kualitatif, iaitu berpaksikan kajian kepustakaan, lapangan dan analisis dokumen.Kajian ini membataskan sebanyak 38 naratif lisan di Kota Bharu, Kelantan yang diperoleh menerusi hasil temu bual bersama penglipur lara, iaitu Encik Mohamad Long Razali Mohamad Nom. Kajian ini menggunakan teori pengkaedahan Melayu menerusi pengkaedahan alamiah dan pengkaedahan keagamaan sebagai deduktif kajian. Hasilnya, kajian ini mendapati terdapat lima konsep akal budi seperti toleransi, kesederhanaan, saling kebergantungan, pengawalan hawa nafsu dan keharmonian yang sememangnya wujud dalam naratif lisan di Kelantan. Melalui konsep akal budi yang diketengahkan dalam kajian ini memperlihatkan persefahaman yang terjalin dalam kalangan masyarakat pada hari ini. Secara kesimpulannya, kajian ini mampu memperlihatkan konsep akal budi dalam naratif lisan telah mencerminkan budaya serta jati diri masyarakat Melayu.

Download File / URL

Full text not available from this repository.

Additional Metadata

Item Type: UMK Etheses
Collection Type: Thesis
Date: 2023
Subject Heading: Malay language - Usage
Subject Heading: Commonsense reasoning
Number of Pages: 291
Call Number: PL5103 .T83 2023 tes
Supervisor: Dr. Mohd Firdaus Che Yaacob
Programme: Master of Arts
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/14457
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2