Digital Special Collection Portal

Transkripsi Cerita Rakyat ke Dalam Bentuk Sajak Berdasarkan Buku Seuntaian Naratif Lisan di Lembangan Sungai Pengkalan Datu, Kelantan: Analisis Nilai-Nilai Murni


Citation

Nur Fatihah Mat Deris (2024) Transkripsi Cerita Rakyat ke Dalam Bentuk Sajak Berdasarkan Buku Seuntaian Naratif Lisan di Lembangan Sungai Pengkalan Datu, Kelantan: Analisis Nilai-Nilai Murni. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan. (Submitted)

Abstract

Cerita rakyat merupakan sebuah karya sastera agung yang telah berkembang di dalam kalangan masyarakat Melayu yang tergolong dalam sesebuah cerita yang telah berasal dari daerah yang tertentu dan bergantung juga dari mana cerita itu telah berasal. Ia juga telah ada sejak zaman nenek moyang lagi. Cerita rakyat banyak memperlihatkan perutusan yang sangat positif dalam mendidik masyarakat ke arah pembentukan diri yang bermoral. Nilai-nilai murni yang terdapat di dalam cerita rakyat ini boleh dijadikan sebagai panduan hidup dan juga pengajaran. Hal ini, kerana nilai-nilai murni merupakan sesuatu yang baik yang patut ditonjolkan di dalam setiap watak yang terdapat di dalam buku Seuntaian Naratif Lisan Di Lembangan Sungai Pangkalan Datu, Kelantan. Kajian ini, dijalankan adalah bertujuan untuk mengenal pasti nilai-nilai murni yang terkandung dalam sajak Melayu dan menganalisis nilai-nilai murni yang terdapat di dalam sajak Melayu berdasarkan transkripsi cerita melayu dengan menggunakan teks Seuntaian Neratif Lisan Di Lembangan Sungai Pengkalan Datu, Kelantan. Kajian ini hanya menggunakan sebuah buku cerita rakyat yang bertajuk Seuntaian Naratif Lisan di Lembangan Sungai Pengkalan Datu, Kelantan, yang telah ditulis oleh Mohd Firdaus Che Yaacob. Reka bentuk kajian yang digunakan di dalam kajian ini ialah kualitatif yang mana menggunakan kaedah kepustakaan dan rujukan teks. Di dalam kajian ini, telah menggunakan Teori Pengkaedahan Melayu bagi memantapkan lagi hujahan atau analisis supaya kukuh dan juga mantap. Hasil kajian membuktikan bahawa terdapat beberapa nilai-nilai murni iaitu nilai baik hati, berdikari, hormat-menghormati dan sebagainya.

Kata kunci: Cerita Rakyat, Teks Naratif Lisan di Lembangan Sungai Datu, Kelantan, Teori Pengkaedahan Melayu

Download File / URL

[thumbnail of PROJEK PENYELIDIKAN II ( NUR FATIHAH BINTI MAT DERIS C20A1241 ).pdf] Text
PROJEK PENYELIDIKAN II ( NUR FATIHAH BINTI MAT DERIS C20A1241 ).pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Malay Manuscript
Date: 2024
Number of Pages: 192
Supervisor: Dr. Mohd Firdaus Che Yaacob
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/14438
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2