Cerita rakyat merupakan sebuah karya sastera agung yang disampaikan melalui lisan menjadi turun-temurun dari individu ke individu yang lain. Cerita rakyat adalah cerita yang telah wujud pada zaman dahulu yang masih disampaikan melalui mulut ke mulut pada masa kini. Cerita rakyat dapat diperlihatkan melalui perutusan positif dalam mendidik masyarakat membentuk jati diri bermoral. Cerita rakyat terhasil daripada penglipur lara yang bertanggungjawab sebagai penyebaran cerita rakyat kepada masyarakat. Cerita rakyat ini mempunyai unsur keindahan yang dapat dijadikan karya menjadi kemas dan senang untuk difahami. Hal ini demikian kerana, gaya bahasa merupakan karya penulisan kreatif yang dapat memberi pengajaran dalam karya penulisan bukan kreatif. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti gaya bahasa yang terkandung dalam teks Magis Sang Manuk Bura, menganalisis gaya bahasa yang terkandung dalam teks Magis Sang Manuk Bura dan merumuskan gaya bahasa dalam teks Magis Sang Manuk Bura melalui pengaplikasian teori Pengkaedahan Melayu. Batasan kajian ini untuk kegunaan pengkaji kerana hanya memilih satu buku cerita rakyat untuk memberi fokus tentang general rakyat. Buku yang dipilih adalah berjudul Magis Sang Manuk Bura karya Angela Engkuan yang diterbitkan pada tahun 2018. Di dalam teks Magis Sang Manuk Bura mempunyai tajuk-tajuk kecil iaitu, Magis Sang Manuk Bura, Tompukili, Puteri Nubung, Baju Ajaib Si Gadis Kerdil, Sungkabai dan Indaman, Kisah Isteri Yang Setia, Mondou Totomou dan Sumandak, Moloheng yang Malang, Kayu Tundungon, Keturunan Atuk Tongguan, Bangkau Si Kura-Kura, Celepa Emas, Kisah Kusoi dengan Kogiu, Kisah Tujuh Orang Gadis, Tanakanak dan Sumpit Sakti, Oran Utan, Kisah Pemuda yang Bertuah, Kisah Si Anak, dan Kisah Awang Si Penangkap Burung. Selain itu, rekabentuk kajian ini adalah bersifat kualitatif yang merujuk kepada kaedah kepustakaan dan kaedah rujukan teks. Dalam kajian ini, pengkaji mengaplikasikan teori Pengkaedahan Melayu sebagai satu landasan untuk membentuk keindahan dalam sebuah teks karya menjadi lebih indah dan dapat menyampaikan satu makna yang mantap. Teori Pengkaedahan Melayu dapat memperlihatkan tentang cerminan sikap dan nilai budaya serta mengkaji keindahan gaya bahasa di dalam kajian. Hasil dapatan kajian mendapati bahawa menerusi teks Magis Sang Manuk Bura sememangnya terkandung gaya bahasa yang dapat mempengaruhi emosi pembaca atau pendengar untuk lebih meyakinkan perasaan.
Kata Kunci: Cerita Rakyat, Gaya Bahasa, Teks Magis Sang Manuk Bura, Teori Pengkaedahan Melayu.