Digital Special Collection Portal

Unsur-Unsur Moral Dalam Cerita Legenda Terpilih: Satu Penelitian Terhadap Teks 366 Cerita Rakyat Terkenal


Citation

Nurliza Mohamed (2024) Unsur-Unsur Moral Dalam Cerita Legenda Terpilih: Satu Penelitian Terhadap Teks 366 Cerita Rakyat Terkenal. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan. (Submitted)

Abstract

Selama berabad-abad, cerita rakyat Melayu telah menjadi genre sastera yang dihargai yang telah memikat hati orang dari semua latar belakang. Pada masa kini, cerita rakyat Melayu tradisional semakin hilang kepentingannya dalam masyarakat Melayu. Ini terutamanya disebabkan oleh peningkatan kesan teknologi moden kepada masyarakat. Oleh hal demikian, memandangkan kepentingan cerita rakyat Melayu ini dalam masyarakat Melayu, satu kajian menyeluruh telah dijalankan untuk menghidupkan semula unsur yang telah lama menjadi asas kepada budaya unggul dalam masyarakat Melayu. Oleh itu, dapat dibuktikan bahawasanya penyampaian cerita rakyat Melayu dalam kalangan penglipur lara dapat memberi panduan berharga kepada masyarakat di kampung atau desa. Kajian berkaitan dengan unsur-unsur moral dalam cerita rakyat di Malaysia sudah tentu telah dijalankan oleh beberapa penyelidik dalam usaha memartabatkan cerita rakyat Melayu dalam kalangan masyarakat tanpa mengira agama dan bangsa yang bersatu padu di Malaysia. Namun begitu, pengkajian terhadap unsur-unsur moral yang terkandung dalam cerita legenda di Malaysia masih belum menyeluruh dilaksanakan oleh pengkaji-pengkaji lain. Hal ini, kerana penyelidikan yang membataskan cerita rakyat dalam teks 366 Cerita Rakyat Terkenal kursusnya genre cerita legenda masih mempunyai kelompangan yang sesuai untuk membuktikan kewujudan unsur moral yang dapat memberi pedoman kepada khalayak pembaca. Lantaran itu, kajian ini dilaksanakan untuk mengenalpasti dan menganalisis unsur moral yang terkandung dalam cerita legenda berdasarkan teks 366 Cerita Rakyat Terkenal. Selain itu, unsur moral turut diaplikasikan dengan Teori Pengkaedahan Melayu yang dipelopori oleh Hashim Awang pada tahun 1989. Antara 25 cerita legenda yang dibataskan ialah Kota Kulit Kerang, Burung Rajawali Yang Ganas,Gergasang, Awang Selamat, Anak Yang Patuh, Kaca Bertukar Emas, Penjual Kayu Api, Bersikap Jujur, Tukang Besi Dan Tukang Kayu, Puteri Pucuk Kelumpang, Batu Belah Batu Bertangkup, Kasih Sayang Keluarga, Asal Usul Pinggan, Sang Kancil Dengan Buaya, Si Balau Penyelamat Kampung, Puteri Yang Bijaksana, Khadam Yang Bijak, Melor Dan Melah, Harga Sepinggan Nasi, Seri Menanti, Setiakawan, Wak Sinong,Tukang Gasing, Berkat Muafakat, Rajin Berusaha serta Bayan Dan Puteri Kayangan. Seterusnya, kajian ini bersifat kualitatif yang mendasari terhadap kaedah kepustakaan dan teks. Seterusnya, Teori Pengkaedahan Melayu dijadikan sebagai deduktif kajian dengan jalinan Pengkaedahan Alamiah dan Keagamaan demi memperincikan analisis data kajian. Justeru, dapatan kajian ini telah membuktikan bahawasanya cerita legenda yang terkandung dalam teks 366 Cerita Rakyat Terkenal memiliki unsur moral sebagai panduan untuk membentuk perlakuan positif dalam kalangan masyarakat tanpa mengira peringkat umur, kursusnya ia dapat dijadikan sebagai medium hiburan, kritikan sosial, pengajaran dan didaktik terhadap golongan kanak-kanak.
Kata Kunci: Cerita Rakyat, Cerita Legenda, Unsur-Unsur Moral, Teks 366 Cerita Rakyat Terkenal, Teori Pengkaedahan Melayu.

Download File / URL

[thumbnail of NURLIZA MOHAMED (PP1-PPII).pdf] Text
NURLIZA MOHAMED (PP1-PPII).pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2024
Number of Pages: 174
Supervisor: Dr. Mohd Firdaus Che Yaacob
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/14428
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2