Digital Special Collection Portal

Unsur Propaganda Menerusi Cerita Jenaka Melayu Terpilih: Kajian Terhadap Pemahaman Pelajar Kesusasteraan Warisan, Universiti Malaysia Kelantan


Citation

Nur Aisyah Roslee (2024) Unsur Propaganda Menerusi Cerita Jenaka Melayu Terpilih: Kajian Terhadap Pemahaman Pelajar Kesusasteraan Warisan, Universiti Malaysia Kelantan. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan. (Submitted)

Abstract

Cerita jenaka merupakan salah satu karya agung dalam sesebuah sastera rakyat dan seringkali dikaitkan dengan unsur humor yang hadir daripada setiap perlakuan watak dalam sesebuah cerita jenaka. Namun demikian, kehadiran unsur humor ini telah menyebabkan masyarakat Melayu kurang memandang kepada aspek-aspek yang dapat mempengaruhi pemikiran dan sifat mereka sehari-hari. Tambahan pula, masyarakat luar turut memandang dan mengkritik akan budaya serta pemikiran masyarakat Melayu yang terlalu kolot sehingga menggambarkan keseluruhan kehidupan masyarakat Melayu pada masa dahulu. Oleh hal yang demikian, hal tersebut telah membawa kepada satu sangkaan yang tidak baik menganggap pandangan tersebut sebagai satu propaganda kepada masyarakat Melayu. Justeru itu, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti konsep propaganda yang diperlihatkan menerusi jenis dan teknik dan kehadirannya dalam cerita jenaka Melayu serta kesan kehadirannya yang dibawa menerusi penceritaan cerita jenaka kepada khalayak. Menerusi kajian ini, pengkaji telah membataskan kepada 5 buah kisah dalam cerita jenaka Melayu. Kajian ini telah menggunakan pendekatan gabungan yang merangkumi pendekatan kualitatif yang melibatkan kaedah rujukan teks. Manakala, pendekatan kuantitatif pula menggunakan kaedah soal selidik yang melibatkan seramai 66 orang pelajar dari Kesusasteraan Warisan, Universiti Malaysia Kelantan. Pengkaji telah mengaplikasikan teori Sfera Fungsional yang dipelopori oleh V. I. Braginsky bagi memperlihatkan keindahan penceritaan yang dibawa meskipun adanya unsur propaganda di dalamnya. Oleh itu, hasil kajian ini telah memperlihatkan kehadiran unsur-unsur propaganda tersebut yang memaparkan keadaan sosiopolitik, agama dan budaya, masyarakat yang materialistik dan sebagainya.

Download File / URL

[thumbnail of FULL THESIS NUR AISYAH BINTI ROSLEE C20A1208.pdf] Text
FULL THESIS NUR AISYAH BINTI ROSLEE C20A1208.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2024
Number of Pages: 186
Supervisor: Dr. Nordiana Binti Ab Jabar
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/14406
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2