Citation
Mohd Azreeyandi Mohd Sadih (2024) Representasi Watak-Watak Yang Terdapat Dalam Novel Silir Daksina Karya Nizar Parman Berdasarkan Teori Budaya. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan. (Submitted) |
Abstract
Kajian ini dilakukan adalah untuk menghuraikan dengan jelas dan lebih terperinci mengenai representasi watak-watak yang terdapat di dalam novel Silir Daksina. Novel merupakan wahana yang menjadi perantaraan nilai budaya yang diamalkan oleh sesebuah masyarakat kepada golongan pembaca. Melalui nilai budaya yang dicerminkan dalam novel ini sudah tentu akan dapat mempengaruhi golongan pembaca untuk menghargai dan mengamalkannya dalam kehidupan mereka. Permasalahan kajian ini ialah isu mengenai golongan masyarakat masa kini terutama sekali golongan muda yang tidak menghargai dan mengambil tahu mengenai budaya sendiri serta isu mengenai keruntuhan akhlak dan nilai dalam golongan remaja. Kajian ini juga dilakukan untuk mengkaji representasi watak-watak yang terdapat di dalam novel Silir Daksina, menganalisis representasi watak-watak dalam novel Silir Daksina berdasarkan kepada Teori Kajian Budaya dan mendeskripsi kepentingan nilai-nilai budaya yang terdapat dalam novel Silir Daksina kepada golongan masyarakat. |
Download File / URL
|
Additional Metadata
Item Type: | Undergraduate Final Project Report |
---|---|
Collection Type: | Final Year Project |
Date: | 2024 |
Number of Pages: | 178 |
Supervisor: | Dr. Afidatul Syazwani Afandi |
Institution: | Universiti Malaysia Kelantan |
Faculty/Centre/Office: | Faculty of Creative Technology and Heritage |
URI: | http://discol.umk.edu.my/id/eprint/14405 |
Statistic Details: | View Download Statistic |