Digital Special Collection Portal

Unsur-Unsur Kerohanian Dalam Teks Cerita Rakyat Kelantan: Himpunan Seluruh Jajahan


Citation

Nuraina Shuhada Rozman (2024) Unsur-Unsur Kerohanian Dalam Teks Cerita Rakyat Kelantan: Himpunan Seluruh Jajahan. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan.

Abstract

Pada hakikatnya, cerita rakyat Melayu merupakan suatu kisah yang disampaikan oleh seseorang penglipur lara dengan memiliki kepetahan berkomunikasi di antara masyarakat di kampung atau di desa dan di sampaikan dari satu generasi ke satu generasi. Oleh itu, dalam konteks penyampaian cerita rakyat, kebijaksanaan penglipur lara turut digambarkan bertapa kayanya warisan bangsa ini tergambar unsur kerohanian yang dapat dijadikan sebagai garis panduan serta pedoman dalam kalangan masyarakat tanpa mengira peringkat umur. Lantaran itu, unsur kerohanian mendasari kepada sesuatu sifat yang merangkumi naluri kejiwaan dan bukan bersifat jasmani serta mental. Menerusi perspektif agama Islam, unsur kerohanian melibatkan perasaan dalaman manusia yang baik dan tidak boleh ditanggapi oleh mata kasar manusia. Oleh itu, menerusi kajian lepas adalah mendapati bahawa sarjana-sarjana di Malaysia telah giat melaksanakan penyelidikan terhadap cerita rakyat dan menggagaskan pelbagai aspek seperti nilai-nilai murni, unsur moral, watak dan perwatakan, gaya bahasa, kritikan sosial dan agak kurang menyeluruh menitikberatkan unsur-unsur kerohanian yang terkandung dalam penyampaian cerita rakyat Melayu. Sehubungan dengan itu, penyelidikan ini dilaksanakan untuk mengisi kelompangan kajian berdasarkan kepada kajian-kajian sebelum ini agar ia menjadi titik tolak kepada proses pemartabatan dan pendokumentasian cerita rakyat di Malaysia. Oleh hal yang demikian, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan menganalisis unsur-unsur kerohanian yang terkandung dalam teks Cerita Rakyat Kelantan: Himpunan Seluruh Jajahan oleh Nasirin Abdillah, Mohd Firdaus Che Yaacob dan Abdul Latif Abu Bakar sebagai penulis-penulisnya. Selain itu, unsur kerohanian dijalinkan dengan pengaplikasian Teori Pengkaedahan Melayu yang digagaskan oleh Hashim Awang pada tahun 1989 sebagai langkah untuk memperincikan analisis data kajian secara mendalam. Seterusnya, penyelidikan ini membataskan sejumlah 20 buah cerita rakyat iaitu, Asal Usul Nama Jelawat, Jin Islam, Tok Mat Balar, Pengembara dan Kolam Mistik, Kampung Pinggir Stong, Madrasah Sungai Kenderung, Aksara Sebiji Padi Sebesar Buah Kelapa, Puteri Buluh Perindu Penyembuh Sumpahan Seekor Gajah, Buluh Kubu, Kebijaksanaan Pok Teh, Telaga Tok Uban (Mek Kalsum), Keajaiban Tokoh Ilmuan Agama, Asal Usul Pasir Mas (Si Pendakwah Bersama Si Pembawa Perahu), Penunggu Air, Perompak Durjana Kampung Pauh, Kisah Sihir Katak Puru, Jeram Kopeh, Tragedi Bukit Batu Pengasah, Jambatan Dua Beradik dan Jebak Puyuh. Tambahan pula, reka bentuk kajian ini bersifat kualitatif yang membataskan terhadap kaedah kepustakaan dan teks. Di samping itu, Teori Pengkaedahan Melayu turut dijadikan sebagai diduktif kajian untuk membuktikan jalinan akrab antara unsur kerohanian dengan pendekatan Pengkaedahan Alamiah dan Pengkaedahan Keagamaan. Justeru dapatan kajian ini telah membuktikan kewujudan unsur kerohanian yang diamalkan oleh masyarakat pada zaman dahulu dan sewajarnya dijadikan sebagai pedoman untuk membentuk sahsiah diri sebagai lambang masyarakat bertamadun.

Kata Kunci: Unsur Kerohanian, Cerita Rakyat, Cerita Rakyat Kelantan: Himpunan Seluruh Jajahan, Teori Pengkaedahan Melayu.

Download File / URL

[thumbnail of FULL THESIS - NURAINA SHUHADA BINTI ROZMAN C20A1299.pdf] Text
FULL THESIS - NURAINA SHUHADA BINTI ROZMAN C20A1299.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2024
Number of Pages: 142
Supervisor: Dr. Mohd Firdaus Bin Che Yaacob
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/14402
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2