Kajian ini membincangkan tentang sejarah perkembangan dan keunikan persembahan boria dulu dan kini. Dalam kajian ini, antara aspek yang akan diteliti lebih lanjut adalah sejarah kedatangan boria dan perkembangan persembahan boria di Pulau Pinang sehingga menjadi tarian tradisi di Pulau Pinang. Boria pada awalnya dikenali sebagai Boria muharram kerana boria kan dipersembahkan pada bulan muharram sebagai simbol memperingati kematian cucu Nabi s.a.w yang berlaku di Karbala. Namun telah diubah dan dijadikan sebagai persembahan untuk menceriakan dan bergembira apabila dibawa masuk ke Pulau Pinang. Selain itu, Pengkaji juga akan menerangkan tentang keunikan persembahan boria tersebut dari segi pakaian, tarian, dan kelasi. Persembahan Boria telah berlaku pelbagai perubahan dan perkembangan. Seiring dengan perubahan waktu telah menyebabkan Boria telah diterima oleh mayarakat Pulau Pinang dan sering dipersembahkan secara terbuka. Sehingga kini persembahan Boria telah menjadi tarian tradisi masyarakat Pulau Pinang. Persembahan Boria akan dimulakan dengan lakonan dan seterusnya nyanyian. Namun kini persembahan Boria semakin kurang dikenali oleh golongan muda kerana persaingan hiburan moden. Oleh itu, persembahan Boria ini perlu di perkenalkan semula dan dikaji supaya tarian tradisi Pulau Pinang ini dapat dikenali sebagai sebuah tarian yang meriah dan unik.