Digital Special Collection Portal

Seni Persembahan Gambus di Johor : Isu Kelestarian Dan Persepsi Penggiat Seni


Citation

Nursyahira Yazid (2024) Seni Persembahan Gambus di Johor : Isu Kelestarian Dan Persepsi Penggiat Seni. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan. (Submitted)

Abstract

Seni persembahan gambus merupakan satu bentuk seni muzik tradisional yang mempunyai akar umbi dalam budaya dan warisan. Di Malaysia, persembahan gambus telah menjadi komponen penting dalam muzik ensembel. Gambus adalah sebuah alat muzik yang telah mewarnai persada muzik negara seperti kumpulan samrah, zapin, ghazal, dan nasyid. Namun, seni persembahan ini menghadapi cabaran yang besar dalam usahanya untuk terus berkembang dan dikekalkan dalam konteks budaya moden. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji struktur persembahan gambus, isu kelestarian dan persepsi penggiat seni dalam mengekalkan seni persembahan gambus di daerah Batu Pahat, Johor. Kajian ini akan menggunakan pendekatan kualitatif yang melibatkan tinjauan lapangan, temu bual untuk mengkaji persepsi, pengalaman, dan pendapat penggiat seni tentang seni persembahan gambus. Hasil kajian ini diharapkan dapat memberikan panduan dan cadangan untuk memajukan seni persembahan gambus dan memastikan warisan seni tradisional yang berharga ini dapat terus hidup dan berkembang dalam masyarakat Johor.

Download File / URL

[thumbnail of Nursyahira Binti Yazid.pdf] Text
Nursyahira Binti Yazid.pdf

Download (2MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2024
Number of Pages: 83
Supervisor: Prof. Madya Dr Raja Iskandar bin Raja Khalid
Programme: Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan Dengan Kepujian
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/14248
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2