Digital Special Collection Portal

Pelestarian Busana Tradisi Suku Kaum Kedayan : Kajian Di Kampung Sungai Lada, Labuan


Citation

Muhammad Nur Iqbal Firdaus Norden (2024) Pelestarian Busana Tradisi Suku Kaum Kedayan : Kajian Di Kampung Sungai Lada, Labuan. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan. (Submitted)

Abstract

Kajian ini mengenai pelestarian busana tradisi masyarakat suku kaum Kedayan dalam kalangan penduduk di Kampung Sungai Lada. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti sejarah pakaian suku kaum Kedayan , mengkaji persepsi masyarakat di Kampung Sungai Lada mengenai busana suku kaum Kedayan serta membincangkan langkah untuk melestarikan busana suku kaum Kedayan. Kajian ini menggunakan kaedah gabungan iaitu kaedah kualitatif dan kuantitatif untuk mendapatkan data dengan lebih terperinci berkaitan dengan tajuk kajian. Kaedah temu bual, lapangan, pemerhatian peserta dan soal selidik digunakan dalam kajian ini. Seramai 162 orang penduduk Kampung Sungai Lada dan 9 orang Informan diambil sebagai responden bagi kajian ini. Dapatan data yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan kaedah Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) untuk mendapatkan maklumat. Secara keseluruhan, busana kaum Kedayan di Labuan dinamakan sebagai baju Kumbamban. Kebudayaan suku kaum Kedayan semakin terhakis disebabkan oleh berlakunya percampuran budaya. Hal ini menyebabkan kebudayaan suku kaum Kedayan semakin dipinggirkan. Namun, terdapat usaha yang dilakukan bagi melestarikan busana kaum Kedayan supaya setara dengan baju tradisi kaum lain. Contohnya pelestarian melalui persatuan, pengusaha pembuatan baju tradisi dan masyarakat.

Download File / URL

[thumbnail of Muhammad Nur Iqbal Firdaus Bin Norden.pdf] Text
Muhammad Nur Iqbal Firdaus Bin Norden.pdf

Download (2MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2024
Number of Pages: 153
Supervisor: Dr. Norazlinda Binti Mohamed Rosdi
Programme: Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan Dengan Kepujian
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/14176
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2