Digital Special Collection Portal

Muzium Sultan Alam Shah Sebagai Institusi Pendidikan Tidak Formal Kepada Generasi Muda: Satu Kajian Kes


Citation

Hidayati Farizah Othman (2024) Muzium Sultan Alam Shah Sebagai Institusi Pendidikan Tidak Formal Kepada Generasi Muda: Satu Kajian Kes. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan. (Submitted)

Abstract

Muzium adalah tempat penyimpanan artifak dan koleksi sejarah yang mempamerkan warisan dan adat terdahulu. Muzium juga mampu memberikan pendidikan tidak formal kepada pengunjung. Walau bagaimanapun, pendidikan di muzium tidak dapat dijalankan sekiranya pengunjung tidak berkunjung ke muzium. Hal ini kerana, pengunjung mempunyai persepsi bahawa muzium merupakan sebuah tempat yang membosankan. Justeru, penyelidikan ini bertujuan untuk mengetahui peranan Muzium Sultan Alam Shah sebagai institusi pendidikan tidak formal kepada generasi muda. Kajian ini mempunyai tiga objektif utama iaitu mengenal pasti koleksi pameran dan objek yang menjadi tarikan generasi muda di Muzium Sultan Alam Shah, mengkaji jenis-jenis maklumat yang diterima oleh generasi muda melalui lawatan di Muzium Sultan Alam Shah dan menganalisis aktiviti yang dijalankan oleh pihak muzium dalam memberikan pendidikan tidak formal kepada generasi muda. Kajian ini menggunakan pendekatan campuran melalui kaedah temu bual, pemerhatian dan tinjauan dengan menggunakan rekabentuk kajian kes. Kajian ini telah menemu bual seramai lapan orang informan dan 309 orang responden yang menjawab soal selidik. Kajian ini juga menggunakan analisis data tematik bagi pendekatan kualitatif dan analisis data deskriptif bagi pendekatan kuantitaif. Hasil daripada kajian ini mendapati bahawa muzium mempunyai pelbagai tarikan melalui koleksi pameran dan objek yang pelbagai, Selain itu, maklumat yang diterima oleh pengunjung juga merupakan maklumat yang tidak diperolehi melalui pembelajaran di sekolah. Akhir sekali, aktiviti yang dijalankan di muzium bukan sahaja mampu menarik minat pengunjung malah melalui aktiviti ini juga pengunjung dapat mempelajari perkara baru. Oleh itu, kajian ini penting untuk dijadikan sebagai sumber bagi penyelidik tentang kepentingan Muzium Sultan Alam Shah sebagai institusi pendidikan tidak formal kepada generasi muda.

Download File / URL

[thumbnail of Hidayati Farizah Binti Othman.pdf] Text
Hidayati Farizah Binti Othman.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2024
Number of Pages: 91
Supervisor: Dr. Ainul Wahida binti Radzuan
Programme: Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan Dengan Kepujian
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/14172
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2