Digital Special Collection Portal

Kaum Cina Peranakan Di Chinatown, Terengganu: Kajian Ke Atas Penglibatan Komuniti Cina Peranakan Dalam Festival ‘Mek Awang’


Citation

Nur Athirah Aqilah Ariffin (2024) Kaum Cina Peranakan Di Chinatown, Terengganu: Kajian Ke Atas Penglibatan Komuniti Cina Peranakan Dalam Festival ‘Mek Awang’. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan. (Submitted)

Abstract

Cina Peranakan di Chinatown,Terengganu merupakan golongan etnik yang unik kerana mereka juga meraikan Festival Peranakan Terengganu pada setiap tahun yang diadakan di Chinatown, Terengganu. Festival ini dikenali sebagai Festival “Mek Awang” yang menonjolkan seni,warisan dan budaya. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti sejarah masyarakat Cina Peranakan di Chinatown, Terengganu, penglibatan komuniti Cina Peranakan dalam festival “Mek Awang” dan potensi keberkesanan Festival “Mek Awang” dalam melestarikan warisan Cina Peranakan di Chinatown,Terengganu. Dua kaedah kajian digunakan dalam kajian ini iaitu kaedah kualitatif dan kuantitatif. Kaedah kualitatif merangkumi aspek temu bual, rakaman audio dan foto manakala kaedah kuantitatif menggunakan edaran borang soal selidik. Model Kerangka Ladder of participation yang diasaskan oleh Arnstein digunakan untuk menonjolkan penglibatan komuniti Cina Peranakan di Chinatown. Hasil kajian mendapati bahawa komuniti Cina Peranakan Chinatown khususnya di Terengganu, majoriti mereka mengetahui dan menerima Festival “Mek Awang” merupakan salah satu seni dan warisan yang ditonjolkan oleh Cina Peranakan di Chinatown. Usaha penglibatan komunitisetempat sangat digalakkan bagi melestarikan seni warisan Cina Peranakan, Terengganu. Hal ini menjadi salah satu matlamat untuk mengekalkan dan mewarisan segala keunikan Cina Peranakan disamping dapat menghidupkan kembali budaya mereka.

Download File / URL

[thumbnail of Nur Athirah Aqilah Binti Ariffin.pdf] Text
Nur Athirah Aqilah Binti Ariffin.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2024
Number of Pages: 141
Supervisor: Dr. Daeng Haliza binti Daeng Jamal
Programme: Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan Dengan Kepujian
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/14171
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2