Digital Special Collection Portal

Kajian Terhadap Pelestarian Konsep Ottu Kadai Sebagai Identiti Masyarakat India Di Little Indian, George Town Pulau Pinang.


Citation

Nurul Sahira Hamzah (2024) Kajian Terhadap Pelestarian Konsep Ottu Kadai Sebagai Identiti Masyarakat India Di Little Indian, George Town Pulau Pinang. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan. (Submitted)

Abstract

Setiap tradisi peruncitan mempunyai nilai besar dan peranan yang penting dalam memelihara dan mengekalkan identiti pada objek warisan. Bagi masyarakat India, tradisi peruncitan yang dikenali sebagai Ottu Kadai merupakan warisan ketara yang mempunyai identiti tersendiri bagi masyarakat ini. Kewujudan Ottu Kadai telah bertapak sejak zaman sebelum merdeka dengan menjual barangan keperluan harian melalui konsep pandu lalu. Walau bagaimanapun, Ottu Kadai telah mengalami kepupusan akibat daripada pembangunan yang pesat dan tidak lagi diterima oleh masyarakat kini terutamanya golongan muda. Selain itu, persaingan yang kuat dan kemunculan kemudahan perkhimatan e-hailing menyukarkan pengekalannya serta pihak berkepentingan tidak memberi perhatian dalam pelestarian dan pemuliharaan Ottu Kadai. Justeru, kajian bertujuan mengenalpasti konsep warisan Ottu Kadai, mengkaji usaha pengekalannya serta menganalisis peranan pihak berkepentingan dalam memastikan pelestarian warisan ini di Little Indian, Geroge Town. Penyelidik akan menggunakan kaedah kualitatif dan pendekatan etnografi di dalam kajian. Kaedah pensampelan temubual bola saji dan tidak berstruktur digunakan untuk mengumpul data. Akhir sekali, data akan dianalisis berdasarkan analisis tematik Model Clarke dan Braun 2006. Hasil penyelidikan ini telah memberi pengetahuan sebenar mengenai konsep warisan Ottu Kadai. Sejajar dengan itu, usaha dan peranan yang dilakukan oleh pihak bertanggungjawab dapat menyumbang kepada pengekalan identiti warisan budaya masyarakat India khususnya di Pulau Pinang.

Download File / URL

[thumbnail of Nurul Sahira Binti Hamzah.pdf] Text
Nurul Sahira Binti Hamzah.pdf

Download (5MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2024
Number of Pages: 164
Supervisor: Dr. Suraya Binti Sukri
Programme: Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan Dengan Kepujian
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/14165
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2