Digital Special Collection Portal

Keindahan Perhiasan Kepala Lelaki : Kajian Ke Atas Pemakaian Semutar Di Bachok, Kelantan.


Citation

Nurazyyati Syarafina Abdul Manaf (2024) Keindahan Perhiasan Kepala Lelaki : Kajian Ke Atas Pemakaian Semutar Di Bachok, Kelantan. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan. (Submitted)

Abstract

Semutar adalah perhiasan kepala warisan tradisi Melayu yang telah lama diamalkan oleh masyarakat Kelantan di Kampung Tangok di bawah Mukim Telong, Bachok, Kelantan. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap pengetahuan sejarah pemakaian semutar dalam kalangan masyarakat setempat. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk menghuraikan jenis-jenis, fungsi dan ciri-ciri yang terdapat pada semutar disamping menganalisis langkah pelestarian pemakaian semutar dalam kalangan masyarakat tempatan di Bachok, Kelantan. Dua kaedah kajian digunakan dalam kajian ini iaitu kaedah kualitatif dan kuantitatif. Kaedah kualitatif merangkumi aspek pemerhatian secara tidak langsung, temu bual, rakaman audio, foto, video dokumentasi manakala kaedah kuantitatif menggunakan edaran borang soal selidik. Teori Identiti Sosial digunakan bagi menonjolkan keindahan semutar sebagai perhiasan kepala masyarakat Kelantan. Hasil kajian mendapati bahawa masyarakat Kelantan khususnya di Kampung Tangok, Bachok majoriti mengetahui dan menerima semutar sebagai perhiasan kepala rumpun bagi kaum lelaki Kelantan sebelum adanya kopiah, tanjak, destar dan sebagainya. Usaha penglibatan komuniti setempat sangat digalakkan bagi melestarikan semutar. Hal ini menjadi sebahagian matlamat mengapa orang lama menggalakkan pewaris dan masyarakat setempat untuk memakai semutar pada masa kini disamping menghidupakan kembali budaya-budaya warisan nenek moyang.

Download File / URL

[thumbnail of Nurazyyati Syarafina Binti Abdul Manaf.pdf] Text
Nurazyyati Syarafina Binti Abdul Manaf.pdf

Download (3MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2024
Number of Pages: 163
Supervisor: Dr. Daeng Haliza binti Daeng Jamal
Programme: Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan Dengan Kepujian
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/14164
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2