“Stakeholder” adalah pihak berkepentingan dalam sebuah organisasi. Individu yang berada dalam organisasi ini amat penting kerana ia mempunyai hubungan kewangan yang terus dalam satu syarikat ianya seperti pemegang saham, pelanggan dan pekerja. Selain itu pihak berkepentingan sampingan yang tidak terlibat secara langsung dalam segala aktiviti syarikat tersebut akan tetapi ianya mampu mempengaruhi persaingan atau masyarakat yang lain. Peranan pihak berkepentingan adalah untuk menjadi agen perantaraan antara pihak atasan dengan pihak berkepentingan termasuk juga dengan masyarakat serta pemilik tapak, objek Warisan dan juga Warisan Kebangsaan. Pengurusan Jambatan Victoria di Kuala Kangsar memerlukan kerjasama antara pelbagai pihak dan pihak berkepentingan untuk memastikan kemampanan dan pemeliharaannya sebagai sebahagian daripada warisan budaya dan infrastruktur yang berharga Pengurusan di Victoria Bridge adalah berasaskan dasar-dasar dalam struktur organisasi persekutuan dan juga negeri. Jambatan Victoria adalah salah satu struktur bersejarah yang penting di Malaysia. Dibina pada 1897, jambatan ini mempunyai nilai sejarah yang tinggi sebagai sebahagian daripada warisan penjajah British di Malaysia. Kewujudannya telah menyaksikan banyak peristiwa bersejarah dan menjadi lambang penting zaman silam bumi Perak. Victoria Bridge ini merupakan gabungan kekayaan sejarah, seni bina yang indah dan lokasi yang menawan menjadikan Jambatan Victoria Bridge di Kuala Kangsar antara tempat dan lokasi pelancongan yang menarik untuk dikunjungi di Perak dan ia merupakan tempat dan lokasi pelancongan. Oleh itu, kajian ini dibuat berdasarkan tiga objektif kajian iaitu pihak berkepentingan yang terlibat dalam pengurusan bagi melestarikan Victoria Bridge ini, bentuk kerjasama oleh pihak berkepentingan dan cabaran yang dihadapi oleh pihak berkepentingan dalam melakukan kerjasama. Dalam kajian ini menggunakan metodologi kajian yang melibatkan kualitatif dengan cara menemu ramah empat orang responden dan menggunakan kaedah kepustakaan. Teori pihak berkepentingan yang dikembangkan serta dijelaskan secara terperinci oleh Edward Freeman (1984) bagi mengenalpasti peranan dan penglibatan pihak berkepentingan dalam melestarikan pengurusan di Victoria Bridge di Kuala Kangsar. Jelaslah, kajian ini menunjukan betapa pentingnya
peranan pihak berkepentingan dalam pengurusan melestarikan Victoria bridge di Kuala Kangsar.