Digital Special Collection Portal

Tahap penggunaan strategi pelajaran dan hubungannya dengan pencapaian bahasa Melayu dalam kalangan pelajar di Guangxi, China.


Citation

Li Yan (2023) Tahap penggunaan strategi pelajaran dan hubungannya dengan pencapaian bahasa Melayu dalam kalangan pelajar di Guangxi, China. Masters thesis, Universiti Malaysia Kelantan. (Submitted)

Abstract

Kebanyakan pelajar yang berlatar belakang kebudayaan Cina dan pelajar asing yang mengikuti Kursus Bahasa Melayu di Institut Pendidikan Tinggi menghadapi pelbagai masalah, lemah dan gagal dalam menguasai kemahiran berbahasa Melayu dalam tempoh yang ditetapkan. Kajian ini dijalankan bertujuan menganalisis penggunaan Strategi Pelajaran Bahasa Melayu (SPBM) dalam kalangan pelajar di China. Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti kekerapan SPBM bagi pelajar China dan menentukan hubungan penggunaan SPBM dengan tahap pencapaian pelajar. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dan pengumpulan data dengan instrumen soal selidik. Kajian menggunakan Model Strategi Pelajaran Bahasa, Teori Pelajaran Bahasa Kedua dan Teori Kognitif, serta Teori Kognitif Sosial. Sampel kajian adalah 70 pelajar Bahasa Melayu dari Universiti etnik-etnik Guangxi. Hasil kajian menunjukkan strategi sosial ialah strategi yang paling kerap digunakan oleh pelajar China (min=3.18), dan memori adalah strategi yang paling kurang digunakan dengan (min=2.89). Kajian mendapati nilai P>0.001 yang menunjukkan penggunaan SPBM secara keseluruhan tidak mempunyai korelasi dengan pencapaian pelajar. Keputusan kajian ini menjangkakan bahawa penggunaan Strategi Pelajaran Bahasa Melayu yang sesuai membantu pelajar dan pengajar Bahasa Melayu di China. Selain memudahkan pelajaran dan pengajaran, dapatan kajian juga mampu memberikan bantuan bagi program Kursus Bahasa Melayu di China serta meningkatkan mutu pendidikan Bahasa Melayu di negara China.

Download File / URL

[thumbnail of THESIS  LI YAN.pdf] Text
THESIS LI YAN.pdf - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (2MB)

Additional Metadata

Item Type: UMK Etheses
Collection Type: Thesis
Date: 2023
Subject Heading: Teaching
Subject Heading: Malay language
Subject Heading: China--Study and teaching
Number of Pages: 181
Call Number: LB1025.3 .L59 2023 tes
Research Type: Quantitative
Supervisor: Prof. Madya Dr. Kamarulzaman Abdul Ghani
Programme: Master of Science
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Language Studies and Human Development
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/14070
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2