Digital Special Collection Portal

Kesihatan mental, dan kualiti hidup serta hubungannya dengan simptom Somatik dalam kalangan pelajar sekolah menengah yang pernah mengalami histeria di negeri Kelantan.


Citation

Nahzatul Fatma Saufi Tesis (2023) Kesihatan mental, dan kualiti hidup serta hubungannya dengan simptom Somatik dalam kalangan pelajar sekolah menengah yang pernah mengalami histeria di negeri Kelantan. Masters thesis, Universiti Malaysia Kelantan. (Submitted)

Abstract

Isu histeria ataupun kini dikenali sebagai simptom somatik merupakan isu global dan seringkali berlaku walaupun kurang dilaporkan. Simptom somatik atau histeria merupakan isu global dan seringkali berlaku dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah menengah di Malaysia. Gejala ini menjadi isu sensitif dan stigma terhadap mangsa serta pihak-pihak yang terlibat sehinggakan data kes histeria menjadi sulit untuk dibicarakan secara umum. Simptom somatik dikaitkan dengan ketidakseimbangan kesihatan mental dan ketidakpuasan hidup. Kajian ini menganalisis hubungan antara kesihatan mental, kualiti hidup dengan simptom somatik dalam kalangan pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan yang terpilih di negeri Kelantan. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif, dengan membahagikan soal selidik kepada responden. Sampel kajian seramai 112 orang, merupakan pelajar yang pernah mengalami histeria berumur antara 13 hingga 19 tahun. Kaedah analisis data yang digunakan adalah deskriptif dan inferensi menggunakan aplikasi SPSS versi 22.0. Analisis deskriptif iaitu frekuensi, peratus, analisis tabulasi silang (crosstab) serta regresi dijalankan untuk menguji Objektif kajian ini, iaitu Ha 1: Terdapat hubungan yang signifikan antara dimensi kesihatan mental (kesejahteraan emosi, kesejahteraan sosial, kesejahteraan psikologi) dengan simptom somatik dalam kalangan pelajar. Ha 2: Terdapat hubungan yang signifikan antara kualiti hidup (fizikal, hubungan sosial, keselamatan, psikologi dan pendidikan) dengan simptom somatik pelajar. Ha 3 iaitu terdapat hubungan yang signifikan antara kesihatan mental dengan kualiti hidup kepada simptom somatik pelajar. Dapatan kajian menunjukkan kesihatan mental dan kualiti hidup tidak mempegaruhi simptom somatik yang berlaku dalam kalangan pelajar yang dikaji. Epidemik simptom somatik berkecenderungan akan berlaku dan berulang lagi bagi sesetengah pelajar yang pernah mengalami histeria. Masalah ini perlu dibendung oleh semua pihak. Kesihatan mental dan kualiti hidup pelajar-pelajar di sekolah menengah perlu dijaga dan dipertingkat demi mengawal simptom somatik yang teruk tidak berulang, mengekang masalah sosial sehingga mengganggu pencapaian prestasi dalam akademik dan kokurikulum serta kehidupan seharian pelajar pada masa kini dan pada masa akan datang.

Download File / URL

[thumbnail of 4102023-FINAL THESIS_NAHZATUL FATMA.pdf] Text
4102023-FINAL THESIS_NAHZATUL FATMA.pdf - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (3MB)

Additional Metadata

Item Type: UMK Etheses
Collection Type: Thesis
Date: 2023
Subject Heading: Hysteria
Subject Heading: Somatic symptom disorder
Subject Heading: Mental health
Subject Heading: Quality of life
Number of Pages: 223
Call Number: RC532 .N34 2023 tes
Research Type: Quantitative
Supervisor: Prof. Madya Dr. Yohan Kurniawan
Programme: Master of Science
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Language Studies and Human Development
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/14068
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2