Buah-buahan dalam tin yang mengandungi banyak khasiat yang hampir setanding dengan khasiat buah segar menjadikannya pilihan kepada pengguna yang mahukan buah-buahan itu sukar untuk rosak. Walaubagaimanapun, buah-buahan dalam tin memberi kesan buruk kepada kesihatan manusia jika dimakan dalam tempoh yang lama dan mungkin telah tercemar dan terkumpul dengan logam berat yang boleh berlaku dalam pertanian, alam sekitar dan aktiviti manusia. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis logam berat daripada empat sampel buah-buahan dalam tin terpilih iaitu longan, nanas, laici dan buah-buahan campuran dari pasaraya di Kelantan dengan menggunakan Spektrometer Penyerapan Atom juga menilai risiko kesihatan manusia dalam pengambilan buah-buahan dalam tin di Malaysia. Sasaran Bahaya, Pengambilan Harian Diterima, Pengambilan Mingguan Bahaya dan Indeks Bahaya digunakan untuk menilai risiko kesihatan manusia. Keputusan purata kepekatan logam berat produk buah-buahan dalam tin yang dihasilkan dalam kajian ini ialah Zn > Pb > Cr > Cd > Ni yang disusun mengikut tertib menurun. Bagi risiko kesihatan manusia, purata Sasaran Bahaya ialah 2.69 x 10-4 (Cd), 5.29 x 10-3 (Cr), 9.44 x 10-6 (Ni), 1.54 x 10-5 (Zn) dan 5.52 x 10-3 (Pb). Keputusan Indeks Bahaya ialah 0.01 iaitu kurang daripada 1. Oleh itu, produk buah-buahan dalam tin dalam penyelidikan ini boleh dikategorikan sebagai selamat untuk dimakan untuk manusia.