Digital Special Collection Portal

Takhrij dan analisis hadis maqbul dan mardud dalam kitab Kashf al-Ghaybiyyah karangan Sheikh Zayn al-'Abidin bin Muhammad al-Fatani


Citation

Ab Rahim Abdullah (2022) Takhrij dan analisis hadis maqbul dan mardud dalam kitab Kashf al-Ghaybiyyah karangan Sheikh Zayn al-'Abidin bin Muhammad al-Fatani. Doctoral thesis, Universiti Malaysia Kelantan.

Abstract

Tesis ini ditulis memandangkan penggunaan hadis dalam kitab jawi tidak dinyatakan status hadis tersebut sama ada boleh dijadikan sandaran hukum atau hujah atau sebaliknya. Hadis yang terdapat dalam kitab Kashf al-Ghaybiyyah yang dikaji oleh pengkaji ini mengandungi hadis yang kebanyakannya diterjemahkan daripada bahasa Arab dalam bahasa Melayu yang didatangkan sebagai dalil tidak disertakan bersama rantaian sanad perawi yang lengkap dan tanpa matan. Selain itu, pengarang kitab ini tidak menjelaskan sumber dan status hadis tersebut. Justeru, analisis takhrij hadis dalam kitab Kashf al-Ghaybiyyah dilakukan bagi mencari sumber asal daripada Masädir al-Asliyyah serta menjelaskan status setiap hadis tersebut sama ada bertaraf maqbul atau mardüd.
Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji hadis maqbül dan mardud, mengkaji metodologi kitab Kashf al-Ghaybiyyah dan menganalisis hadis yang terdapat dalam kitab Kashf al-Ghaybiyyah karangan Sheikh Zayn al-'Äbidin bin Muhammad al-Fatäni atau lebih dikenali dengan nama Tuan Minal. Tesis ini menggunakan metode pengumpulan data secara kajian kepustakaan kerana metode ini sesuai dengan bentuk kajian teks. Reka bentuk kajian ini ialah kajian kualitatif yang menggunakan pendekatan analisis kandungan. Pengumpulan data yang berbentuk tekstual di dalam kitab Kashf al-Ghaybiyyah dianalisis dengan menggunakan pendekatan deskriptif melalui kaedah takhrij. Kajian ini mendapati hadis yang terdapat dalam kitab Kashf al-Ghaybiyyah ini mengandungi hadis kategori maqbül dan mardud. Dalam kitab ini terdapat sebanyak 70 hadis maqbúl mewakili 50 %, manakala hadis mardüd juga sebanyak 70 hadis iaitu 50 % daripada keseluruhan hadis. Oleh kerana kitab ini ialah kitab hadis yang berkaitan dengan perkara ghaybiyyat, iaitu sebahagian daripada perkara akidah dalam soal beriman kepada hari Akhirat, maka jumlah hadis sebanyak 70 mewakili 50% daripada keseluruhan hadis ini, maka dalil-dalil tersebut perlulah diperbaiki dan digantikan dengan nas-nas yang lebih berautoriti. Para ulama telah bersepakat mengatakan perkara akidah perlulah hujah dan dalil yang jelas dan qat'i daripada al-Quran dan hadis yang maqbul, manakala hadis mardud tidak boleh dijadikan dalil dan hujah dalam perkara akidah, halal dan haram.

Download File / URL

Full text not available from this repository.

Additional Metadata

Item Type: UMK Etheses
Collection Type: Thesis
Date: 2022
Subject Heading: Hadith - Criticism, interpretation, etc
Subject Heading: Hadith - Texts
Subject Heading: Mysticism - Islam
Subject Heading: Religious life - Islam
Number of Pages: 393
Call Number: BP135 .A2 2022 tes
Supervisor: Prof. Madya Dr. Nik Yusri Musa
Programme: Doctor of Philosophy
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Language Studies and Human Development
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/13395
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2