Digital Special Collection Portal

Tahap penghayatan akhlak tasawuf dalam kalangan pelajar bermasalah disiplin di sekolah aliran agama daerah Bachok Kelantan


Citation

Mohamad Zamri Ali (2022) Tahap penghayatan akhlak tasawuf dalam kalangan pelajar bermasalah disiplin di sekolah aliran agama daerah Bachok Kelantan. Masters thesis, Universiti Malaysia Kelantan.

Abstract

Masalah disiplin yang melibatkan pelajar dari sekolah aliran agama yang telah diterapkan dengan nilai-nilai keimanan sesuatu yang tidak boleh dipandang ringan oleh mana-mana pihak. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap penghayatan akhlak tasawuf pelajar-pelajar yang bermasalah disiplin di sekolah menengah aliran agama dalam daerah Bachok, Kelantan. Kajian ini ialah kajian tinjauan berbentuk kuantitatif. Instrumen kajian menggunakan kaedah soal selidik.Sebanyak lima buah sekolah menengah agama yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada sebuah sekolah menengah agama kluster, dua buah sekolah menengah agama bantuan kerajaan (SABK), dan dua buah sekolah menengah agama di bawah pengurusan Yayasan Islam Kelantan (YIK). Responden yang terlibat dalam kajian ini seramai 53 orang. Satu set borang soal selidik diedarkan kepada responden untuk mendapatkan maklumat dan data yang diperlukan. Dapatan dianalisis secara berkomputer menggunakan perisian „Statistical Package for the Sosial Sciences‟ versi 21 bagi mendapatkan jumlah peratus, min, dan kekerapan. Dapatan kajian menunjukkan tahap penghayatan akhlak pelajar berada pada tahap sederhana dengan nilaian min= 2.96, manakala dapatan tahap penghayatan akhlak tasawuf pula berada pada tahap tinggi dengan nilaian min=4.40. Berdasarkan dapatan kajian, kaedah pendidikan kerohanian adalah pilihan yang sesuai diguna pakai bagi mengatasi permasalahan disiplin pelajar.

Download File / URL

[thumbnail of MOHAMAD ZAMRI ALI.pdf] Text
MOHAMAD ZAMRI ALI.pdf - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (3MB)

Additional Metadata

Item Type: UMK Etheses
Collection Type: Thesis
Date: 2022
Subject Heading: Islamic ethics
Subject Heading: School discipline
Subject Heading: Muslim students
Subject Heading: School education - Religious aspects
Number of Pages: 219
Call Number: BJ2019.5.I8 M64 2022 tes
Supervisor: Dr. Nawi @ Mohd Nawi Ismail
Programme: Sarjana Sastera
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Language Studies and Human Development
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/13368
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2