Digital Special Collection Portal

Sistem Sosial Syair Puteri Alam Melayu Dalam Buku Kumpulan Puisi Syair Puteri: Satu Pengaplikasian Teori Fungsionalisme


Citation

Nurul Farihah Hamzah (2023) Sistem Sosial Syair Puteri Alam Melayu Dalam Buku Kumpulan Puisi Syair Puteri: Satu Pengaplikasian Teori Fungsionalisme. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan.

Abstract

Syair puteri alam melayu berupaya untuk mengetengahkan citra kehidupan yang berlaku dalam kehidupan puteri alam melayu terdahulu yang sarat dengan nilai yang mampu dijadikan sandaran kepada khususnya kepada masyarakat. Sistem sosial puteri alam melayu ini melambangkan akan pembentukan identiti jati diri masyarakat Melayu yang sehingga kini masih menjadi nadi kepada masyarakat sehingga kini. Penekanan akan pengkisahan mengenai puteri-puteri alam melayu kurang didedahkan kepada masyarakat menjadikan masyarakat tidak mendapat pegetahuan yang baik akan aspek sistem sosial yang terkandung dalam puteri alam melayu. Tujuan utama kajian ialah mengenal pasti sistem sosial yang terdapat dalam syair puteri-puteri alam melayu dengan mengaplikasikan Teori Fungsionalisme dan membincangkan teladan menerusi aspek sistem sosial bagi kerelevanan kini menerusi buku Kumpulan Puisi Syair Puteri oleh Nur Mustika. Kaedah kajian yang dilaksanakan ialah kaedah kualitatif dari teks syair Kumpulan Puisi Syair Puteri. Pendekatan kualitatif diterapkan menerusi kaedah kajian teks, laman sesawang dan kaedah kepustakaan. Kajian ini akan mengetengahkan mengenai aspek sistem sosial antaranya iaitu ketaksamaan sosial, budaya, agama dan ekonomi. Sebanyak 14 buah syair puteri yang dibataskan dalam kajian ini untuk menganalisis aspek sistem sosial puteri alam melayu. Hasil kajian ini bagi mengangkat pengkisahan puteri alam melayu ini agar terus tersemai dalam jiwa masyarakat serta memperkukuhkan jati diri masyarakat Melayu yang unggul.
Kata Kunci: Sistem Sosial, Kumpulan Puisi Syair Puteri, Nur Mustika, Fungsionalisme, Talcott Parsons.

Download File / URL

[thumbnail of NURUL FARIHAH BINTI HAMZAH  C19A0652.pdf] Text
NURUL FARIHAH BINTI HAMZAH C19A0652.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2023
Number of Pages: 116
Supervisor: Dr. Nordiana Ab Jabar
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/13118
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2