Digital Special Collection Portal

Kajian Jejak Warisan Yang Terdapat Di Daerah Bachok, Kelantan Yang Memberi Kesan Kepada Ekonomi Masyarakat Setempat


Citation

Nur Hazwana Amran (2023) Kajian Jejak Warisan Yang Terdapat Di Daerah Bachok, Kelantan Yang Memberi Kesan Kepada Ekonomi Masyarakat Setempat. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan.

Abstract

Projek penyelidikan ini merupakan satu kajian mengenai “Kajian Jejak Warisan yang Terdapat di Daerah Bachok, Kelantan yang Memberi Kesan Kepada Ekonomi Masyarakat Setempat. Kajian ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk mengetahui kawasan-kawasan yang menjadi suatu jejak atau laluan yang membawa pengunjung ke kawasan yang memiliki unsur warisan. Tapak jejak warisan ini menjadikan sesuatu kawasan itu mempunyai potensi untuk dijadikan tapak warisan yang berasakan pelancongan. Berdasarkan kajian ini, terdapat pemasalahan kajian yang wujud. Antaranya ialah seperti apakah kawasan jejak warisan yang terdapat di daerah Bachok, apakah potensi pelancongan kawasan jejak warisan dan bagaimana kawasan jejak warisan yang ada di daerah Bachok ini mampu memberikan kesan ekonomi masyarakat setempat di daerah itu. Selain itu, objektif kajian penyelidikan ini adalah yang pertama ia untuk mengenalpasti jejak warisan yang terdapat di daerah Bachok, mengenalpasti potensi pelancongan yang ada di kawasan jejak warisan di daerah Bachok serta mengetahui kesan ekonomi masyarakat setempat terhadap kawasan jejak warisan. Seterusnya, penulisan ini juga adalah merangkumi data-data soal selidik dan temu bual daripada responden untuk memperkukuhkan lagi penyelidikan ini. Pada akhir bab ini, pengkaji telah menyimpulkan bahawa terdapat banyak kawasan jejak warisan yang ada di daerah Bachok ini yang pengunjung tidak mengetahui. Oleh itu, pemeliharaan kawasan jejak warisan perlu dilakukan agar dapat menjaga nilai warisan yang ada.

Kata Kunci: Daerah Bachok, ekonomi, jejak warisan, Kelantan, masyarakat setempat, unsur warisan

Download File / URL

[thumbnail of NUR HAZWANA BINTI AMRAN C19A0524.pdf] Text
NUR HAZWANA BINTI AMRAN C19A0524.pdf

Download (4MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2023
Number of Pages: 150
Supervisor: Puan Farrah Atikah Binti Saari
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/13115
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2