Digital Special Collection Portal

Unsur Patriotisme Dalam Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa : Satu Kajian Berdasarkan Pengaplikasian Teori Pengkaedahan Melayu


Citation

Nur Hanis Mohd Ramlee (2023) Unsur Patriotisme Dalam Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa : Satu Kajian Berdasarkan Pengaplikasian Teori Pengkaedahan Melayu. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan.

Abstract

Kajian terhadap unsur patriotisme sememangnya masih memerlukan penelitian yang mendalam bagi membangkitkan semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat. Kajian ini merupakan sebuah kajian yang menjalankan penelitian terperinci terhadap unsur patriotisme yang terkandung di dalam novel Leftenan Adnan Wira Bangsa. Hal ini demikian kerana unsur-unsur patriotisme menerusi novel ini merupakan salah satu media pendidikan yang boleh dimanfaatkan sebagai acuan dalam pembentukan moral masyarakat yang progresif. Dalam pada itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengisi kelompongan kajian-kajian lepas yang lebih memfokuskan kepada nilai-nilai patriotisme dalam novel Leftenan Adnan Wira Bangsa tanpa menelusuri tentang unsur patriotisme di dalamnya. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti dan menganalisis unsur patriotisme dalam novel Leftenan Adnan Wira Bangsa serta kepentingan unsur patriotisme tersebut kepada masyarakat. Namun begitu, pengkaji telah membataskan dengan memilih hanya empat unsur patriotisme yang paling banyak dipaparkan di dalam novel antaranya adalah sikap rela berkorban, semangat cinta kepada negara, semangat kekitaan dan sikap berjuang menuntut kemerdekaan. Seterusnya, kajian ini menggunakan kaedah kualitatif menerusi kaedah kepustakaan, kaedah tekstual dan kaedah teoritikal. Dalam pada itu, Teori Pengkaedahan Melayu menerusi Pendekatan Moral turut diaplikasikan bagi tujuan pengukuhan. Hasil analisis telah membuktikan bahawa unsur patriotisme yang terkandung dalam Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa ini mampu memberikan kesan serta kepentingan dalam membentuk masyarakat yang sayang dan cinta kepada negara Malaysia.

Kata kunci : Patriotisme, Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa, Masyarakat, Teori Pengkaedahan Melayu

Download File / URL

[thumbnail of NUR HANIS BINTI MOHD RAMLEE C19A0522.pdf] Text
NUR HANIS BINTI MOHD RAMLEE C19A0522.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2023
Number of Pages: 108
Supervisor: Dr. Afidatul Syazwani Binti Afandi
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/13114
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2