Digital Special Collection Portal

Adat Istiadat Kesultanan Melayu Kelantan Dalam Teks Syair Kesultanan Melayu Kelantan : Satu Penelitian Dokumentasi.


Citation

Nirhoshan Vharmhan Nair (2023) Adat Istiadat Kesultanan Melayu Kelantan Dalam Teks Syair Kesultanan Melayu Kelantan : Satu Penelitian Dokumentasi. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan.

Abstract

Kajian penyelidikan ini adalah bertujuan untuk membincangkan beberapa buah syair adat istiadat yang terkandung dalam sebuah penulisan yang bertajuk Syair Kesultanan Melayu
Kelantan karya A. Aziz Deraman, Baharin Ilias dan Muhamad Ikram Fadhly Hussin. Secara lazimnya, syair merupakan sebuah puisi yang mempunyai irama lagu serta adat pula kebiasaan atau peraturan yang telah dan mesti dipatuhi oleh sesebuah sekelompok masyarakat. Antara permasalahan kajian ialah adat isitiadat yang diamalkan pada zaman kesultanan kurang dipatuhi kerana beranggapan bahawa adat istiadat yang diguna pakai oleh rakyat biasa adalah sama dengan kerabat diraja serta tidak mengetahui kepentingannya dan perincian mengenai adat isitiadat yang diguna pakai pada zaman kesultanan kurang didokumentasikan. Orang ramai hanya mengetahui adat istiadat secara umum sahaja malah tidak mempunyai ilmu secara mendalam. Kajian penyelidikan ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji maksud tersirat yang terkandung dalam beberapa buah syair adat istiadat seperti istiadat melenggang perut, istiadat bersalin, istiadat pijak
tanah, istiadat menanam tembuni serta istiadat belah mulut. Bukan itu sahaja, kajian ini juga membincangkan kepentingan pengamalan adat istiadat yang diwarisi secara turuntemurun
ini. Pengkaji mendapati bahawa terdapat pelbagai kegunaan yang dapat dipetik daripada adat-adat istiadat yang diguna pakai untuk kajian penyelidikan ini. Tambahan, kajian ini dijalankan sepenuhnya dengan menggunakan pendekatan kualitatif iaitu kaedah analisis teks. Selain itu, kajian ini juga dijalankan berlandaskan sebuah teori yang terkenal
iaitu Teori Sastera Budaya. Teori Sastera Budaya ini diaplikasikan dalam kajian penyelidikan ini kerana untuk melihat secara terperinci unsur-unsur budaya yang
terkandung dalam setiap satu syair adat istiadat yang dipilih untuk dikaji. Dapatan kajian didapati bahawa sememangnya terdapat unsur-unsur budaya yang tersendiri dalam kesemua syair adat istiadat yang dipilih itu tadi. Akhirnya, pengkaji juga telah sertakan beberapa buah cadangan untuk generasi yang akan datang supaya mereka boleh
mengangkat lagi kajian berkaitan dengan adat istiadat di alam kesultanan seperti ini kepada khalayak ramai supaya tidak ditelani zaman.

Download File / URL

[thumbnail of Nirhoshan Vharmhan Nair.pdf] Text
Nirhoshan Vharmhan Nair.pdf

Download (2MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2023
Number of Pages: 91
Supervisor: Dr. Nordiana binti Ab Jabar
Programme: Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan Dengan Kepujian
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/13111
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2