Digital Special Collection Portal

Bahasa Kiasan Dalam Pantun Lisan Berdasarkan Kurik Kundi Merah Saga: Aplikasi Pendekatan Gunaan.


Citation

Nor Aqma Fazlin Shahidin (2023) Bahasa Kiasan Dalam Pantun Lisan Berdasarkan Kurik Kundi Merah Saga: Aplikasi Pendekatan Gunaan. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan. (Unpublished)

Abstract

Kajian ini berkenaan dengan Bahasa Kiasan Dalam Pantun Lisan. Berdasarkan Kurik Kundi Merah Saga: Aplikasi Pendekatan Gunaan. Oleh itu, pendekatan gunaan dalam teori pengkaedahan Melayu sangat bersesuaian dengan objektif kajian. Batasan kajian ini hanya berfokuskan pada pantun lisan yang bertemakan kiasan. Kajian ini adalah untuk memperlihatkan dan memperjelaskan berkenaan dengan jenis-jenis bahasa kiasan dan juga fungsi-fungsi bahasa kiasan dalam buku Kurik Kundi Merah Saga. Hal ini demikian kerana, kajian lepas yang pernah dibuat tidak banyak yang mengkaji berkenaan dengan bahasa kiasan dalam pantun lisan. Justeru itu,kajian ini membincangkan jenis-jenis bahasa kiasan dan menganalisis fungsi-fungsi bahasa kiasan. Kaedah kajian yang digunakan dalam kajian ialah bersifat kualitatif iaitu daripada kepustakaan, teori dan sumber internet. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa gabungan penggunaan pendekatan gunaan yang terkandung dalam teori pengkaedahan Melayu dengan tajuk kajian memberi idea dan sebagai sumber rujukan yang bernas dan secara tidak langsung kajian yang dihasilkan dapat memperlihatkan tentang kehidupan sebenar masyarakat Melayu. Cadangan untuk kajian supaya lebih diperkembangkan dan diluaskan lagi bagi berkongsi kepada pengkaji lain dan masyarakat di luar sana betapa pentingnya penerapan bahasa kiasan dalam kehidupan setiap manusia atau individu. Hal ini demikian kerana, bahasa kiasan juga dianggap sebagai bahasa orang Melayu pada zaman dahulu kala yang dijadikan sebagai salah satu identiti dan jati diri orang Melayu. Kesimpulannya, kajian berkaitan dengan bahasa kiasan dalam pantun lisan sangat sesuai digunakan bersamaan dengan pendekatan.

Download File / URL

[thumbnail of Nor Aqma Fazlin  Shahidin.pdf] Text
Nor Aqma Fazlin Shahidin.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2023
Number of Pages: 96
Supervisor: Pn. Siti Nur Anis Binti Muhammad Apandi
Programme: Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan Dengan Kepujian
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/13090
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2