Digital Special Collection Portal

Identiti kebudayaan masyarakat melayu dalam teks Seuntaian Naratif Lisan di Lembangan Sungai Pengkalan Datu, Kelantan


Citation

Dr. Mohd Firdaus Che Yaacob (2023) Identiti kebudayaan masyarakat melayu dalam teks Seuntaian Naratif Lisan di Lembangan Sungai Pengkalan Datu, Kelantan. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan.

Abstract

Kajian ini merupakan sebuah kajian cerita rakyat yang menjalankan penelitian secara terperinci terhadap identiti kebudayaan masyarakat Melayu dalam teks Seuntaian Naratif Lisan di Lembangan Sungai Pengkalan Datu, Kelantan. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengisi kelompongan kajian-kajian lepas yang lebih mengfokuskan kepada unsur budaya dengan mengetengahkan isi kandungan teks Seuntaian Naratif Lisan di Lembangan Sungai Pengkalan Datu, Kelantan. Oleh itu, objektif kajian ini dilakukan adalah untuk mengenalpasti dan menganalisis identiti kebudayaan masyarakat Melayu dalam teks Seuntaian Naratif Lisan di Lembangan Sungai Pengkalan Datu, Kelantan yang dilihat terdapat begitu banyak kebudayaan masyarakat Melayu. Di dalam kajian ini, pengkaji telah membataskan 32 cerita rakyat yang terdapat di dalam teks Seuntaian Naratif Lisan Di Lembangan Sungai Pengkalan Datu, Kelantan. Selain itu, kajian ini menggunakan kaedah kualitatif iaitu secara kaedah kepustakaan dan juga analisis teks. Pengaplikasian Teori Pengkaedahan Melayu telah diaplikasikan oleh pengkaji dalam kajian ini menerusi pengkaedahan alamiah dan pengkaedahan keagamaan diterapkan bagi mengukuhkan dan memantapkan lagi dapatan kajian. Hasil daripada analisis telah membuktikan bahawa melalui cerita rakyat Melayu, kita dapat lihat dengan jelas akan identiti kebudayaan masyarakat Melayu dalam cerita rakyat Melayu yang dipelihara dan dijadikan sebagai norma kehidupan seharian oleh masyarakat Melayu.

Download File / URL

[thumbnail of WAN SITI NUR AINI BINTI WAN NOOR AJMAN.pdf] Text
WAN SITI NUR AINI BINTI WAN NOOR AJMAN.pdf

Download (2MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2023
Number of Pages: 209
Supervisor: Dr. Mohd Firdaus Bin Che Yaacob
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/13072
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2