Digital Special Collection Portal

Nilai-nilai moral dan pembentukan akhlak dalam Gurindam Jiwa Penawar Duka karya Ami Masra: pendekatan moral


Citation

Nasha Azreena Mohd Jaihan (2023) Nilai-nilai moral dan pembentukan akhlak dalam Gurindam Jiwa Penawar Duka karya Ami Masra: pendekatan moral. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan.

Abstract

Gurindam merupakan puisi tradisional melayu yang telah wujud sejak masyarakat melayu lama. Gurindam banyak memaparkan nilai-nilai kehidupan untuk menegur dan mendidik masyarakat melayu. Kajian ini menggunakan reka bentuk kualitatif iaitu kaedah kepustakaan yang dianalisis secara deskriptif. Kajian ini juga di analisis melalui Teori Pengkaedahan Melayu dengan menggunakan pendekatan moral. Pengkaji mendapati bahawa nilai-nilai moral yang terkandung dalam buku puisi Gurindam Jiwa Penawar Duka karya Ami Masra ini sememangnya dapat memberikan nilai pengajaran serta mampu membentuk akhlak individu dan masyarakat. Oleh itu, pendekatan moral diambil bersesuaian untuk mengupas nilai-nilai moral yang terkandung didalamnya. Berdasarkan sorotan kajian lepas tentang nilai-nilai moral masih terdapat kelopongan daripada pengkaji lepas melalui Gurindam Jiwa Penawar Duka karya Ami Masra. Oleh itu, objektif utama dalam penyelidikan ini adalah dengan mengenalpasti nilai-nilai moral dan pembentukan akhlak dalam Gurindam Jiwa Penawar Duka karya Ami Masra. Hasil dapatan kajian ini, pengkaji telah menemukan beberapa nilai-nilai moral seperti nilai kepercayaan kepada tuhan, nilai hormat-menghormati, nilai kejujuran, nilai kerajinan, nilai hemah tinggi, nilai toleransi dan nilai kesyukuran. Justeru itu, nilai-nilai moral yang terdapat dalam Gurindam Jiwa Penawar Duka karya Ami Masra ini dapat menjadi medium pembentukan akhlak yang baik sekaligus mewujudkan kehidupan yang unggul.

Download File / URL

[thumbnail of NASHA AZREENA BINTI MOHD JAIHAN.pdf] Text
NASHA AZREENA BINTI MOHD JAIHAN.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2023
Number of Pages: 101
Supervisor: Puan Siti Nur Anis Binti Muhammad Apandi
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/13071
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2