Digital Special Collection Portal

Elemen-elemen Sosiobudaya Masyarakat dalam Hikayat Anggun Cik Tunggal: Aplikasi Teori Sosial oleh Emile Durkheim


Citation

Nik Norsyahira Aila Abdul Rahman (2023) Elemen-elemen Sosiobudaya Masyarakat dalam Hikayat Anggun Cik Tunggal: Aplikasi Teori Sosial oleh Emile Durkheim. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan.

Abstract

Kajian adalah ingin menerokai sosiobudaya masyarakat dan cuba mengangkat Hikayat Anggun Cik Tunggal supaya dikenali oleh orang ramai dan menjadi hikayat yang terkenal seperti Hikayat Hang Tuah. Hal ini kerana, kajian ini mendapati bahawa kebanyakan kajian-kajian lepas hanya tertumpu kepada hikayat-hikayat popular sahaja seperti Hikayat Hang Tuah kerana hikayat ini telah diadaptasi ke filem. Oleh itu, kajian adalah untuk membincangkan, menganalisis elemen-elemen sosiobudaya masyarakat dalam Hikayat Anggun Cik Tunggal dengan mengaplikasikan teori sosial oleh Emile Durkheim dan membincangkan tentang fungsi-fungsi sosiobudaya masyarakat dalam Hikayat Anggun Cik Tunggal dengan mengaplikasikan teori sosial oleh Emile Durkheim. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif iaitu menggunakan kaedah kepustakaan, teks kajian iaitu Hikayat Anggun Cik Tunggal, laman web dan teori sosial oleh Emile Durkheim. Selanjutnya, dapatan kajian ini adalah berkenaan dengan elemen-elemen sosiobudaya masyarakat dalam Hikayat Anggun Cik Tunggal yang memerihalkan mengenai gambaran kehidupan golongan istana yang berlaku pada zaman masyarakat Melayu dahulu dan fungsi sosiobudaya dalam kehidupan seharian yang dapat dijadikan pengajaran kepada masyarakat. Oleh itu, kajian mengenai Hikayat ini harus diperbanyakan lagi dengan menggunakan teori sosial kerana ia banyak memerihalkan berkenaan dengan kehidupan masyarakat yang dapat dijadikan sebagai panduan dan pengajaran kepada masyarakat kini.

Download File / URL

[thumbnail of NIK NORSYAHIRA AILA BINTI ABDUL RAHMAN.pdf] Text
NIK NORSYAHIRA AILA BINTI ABDUL RAHMAN.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2023
Number of Pages: 110
Supervisor: Dr. Nasirin Bin Abdillah
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/13069
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2