Digital Special Collection Portal

Unsur islam dalam novel Anding Ayangan ii Karya Ramlee Awang Murshid: pengaplikasian teori takmilah


Citation

Wan Ayunie binti Wan Ya (2023) Unsur islam dalam novel Anding Ayangan ii Karya Ramlee Awang Murshid: pengaplikasian teori takmilah. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan.

Abstract

Islam adalah agama yang sempurna dan mempunyai keistimewaan yang dapat dilihat menerusi peraturan, hukum-hakam yang telah diberikan oleh Allah SWT menerusi alQuran dan juga nas yang telah diambil daripada Rasulullah saw. Selain itu juga menurut Ahmad & Mohd Farid, 2008) menyatakan bahawa hukum-hakam ini juga dikenali sebagai hukum syarak yang mana ianya boleh dikategorikan sebagai tiga cabang ilmu iaitu ianya terdiri daripada Akidah, Akhlak dan juga Syariat. Tujuan hukum-hakam ini wujud ialah untuk manusia dapat menjalani proses kehidupan mereka ini dengan aman, teratur dan juga mendapat keredhaan daripada Allah SWT. Takmilah bermaksud istilah yang mempunyai kaitan dengan sifat Kamal Allah yang mana ia memberi maksud sempurna. Selain itu juga melalui kata sempurna ia dapat melahirkan perkataan ‘takmilah’ iaitu memberi maksud menyempurkankan. Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti unsur-unsur Islam yang terdapat dalam novel ini serta membinvangkan kepentingan pengaplikasian teori Takmilah ini berdasarkan Novel Anding Ayangan II karya Ramlee Awang Murshid yang dapat diterapkan dalam diri seseorang ataupun sesebuah masyarakat kini. Kaedah kajian yang digunakan untuk menganalisis objektif adalah dengan menggunakan kaedah kualitatif. Antara cara yang digunakan dalam kajian ini adalah kaedah pemprolehan data dan menganalisis data.

Download File / URL

[thumbnail of WAN AYUNIE BINTI WAN YA.pdf] Text
WAN AYUNIE BINTI WAN YA.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2023
Number of Pages: 86
Supervisor: Siti Nur Anis binti Muhammad Apandi
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/13068
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2