Digital Special Collection Portal

Bentuk dan makna pergerakan Tarian Wau Bulan di JKKN, Kelantan


Citation

Siti Nursahfizah binti Mohd Nor Asrin (2023) Bentuk dan makna pergerakan Tarian Wau Bulan di JKKN, Kelantan. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan.

Abstract

Tarian Wau Bulan merupakan salah satu tarian rakyat yang pada masa kini masih lagi popular di kalangan masyarakat terutamnya di negeri Kelantan. Tarian ini menjadi simbol kepada masyarakat di Kelantan kerana ianya merupakan salah satu bentuk budaya masyarakat Kelantan yang hidup sejak zaman dahulu lagi. Tarian Wau Bulan yang menjadi rujukan kepada masyarakat luar yang ingin lebih mengenali warisan budaya yang ada di negeri Kelantan. Negeri Kelantan suatu ketika dahulu pernah mengharamkan segala bentuk persembahan untuk dipertontonkan kepada masyarakat dalam undang-undang negeri. Hal ini telah menarik minat kajian ini dilakukan untuk melihat sejauh mana perubahan yang berlaku dalam seni persembahan yang berkaitan dengan tarian di negeri Kelantan setelah undang-undang tersebut wujud. Tarian Wau Bulan menjadi bahan yang di rujuk serta bentuk dan makna dalam pergerakan tarian Wau Bulan menjadi topik yang akan dibincangkan dalam kajian. Tujuan kajian ini mengambil bentuk dan makna dalam pergerakan menjadi topik kajian kerana ianya merupakan salah satu elemen yang dapat dilihat sekiranya berlaku perubahan yang dapat di signifikasikan.

Download File / URL

[thumbnail of SITI NURSAHFIZAH BINTI MOHD NOR ASRIN.pdf] Text
SITI NURSAHFIZAH BINTI MOHD NOR ASRIN.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2023
Number of Pages: 63
Supervisor: Dr Indra Utama
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/13063
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2