Digital Special Collection Portal

Kajian ke atas keaslian reka bentuk Rumah Kutai di Bota Kanan, Perak


Citation

Zainab binti Osman (2023) Kajian ke atas keaslian reka bentuk Rumah Kutai di Bota Kanan, Perak. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan.

Abstract

Rumah merupakan sebuah tempat kediaman manusia yang dilengkapi dengan dinding dan bumbung. Rumah berfungsi sebagai tempat perlindungan kepada manusia daripada hujan, panas matahari, penceroboh dan ancaman daripada binatang buas. Namun, rumah tradisional Melayu seperti Rumah Kutai di Bota Kanan, Perak telah mengalami kepupusan dan penurunan terhadap pembinaannya kerana kehadiran bahan binaan seperti batu-bata, zink dan tiang konkrit. Perkara ini menyebabkan pembinaan Rumah Kutai semakin berkurangan. Oleh itu, ramai masyarakat telah beralih kepada pembinaan rumah yang lebih moden, mempunyai ruang yang besar dan luas. Bagi mencapai setiap objektif kajian, masalah yang timbul di dalam kajian akan dikenal pasti oleh pengkaji agar kajian dapat dijalankan dengan lancar dan sempurna. Penyelidikan kajian ini ditulis oleh pengkaji adalah untuk memberi fokus kepada masalah kajian dengan menghuraikan ciri-ciri reka bentuk asal Rumah Kutai di Bota Kanan, Perak. Pengkaji juga akan mengenal pasti perubahan reka bentuk Rumah Kutai di Bota Kanan, Perak dan mengenal pasti faktor-faktor kepada perubahan reka bentuk Rumah Kutai di Bota Kanan, Perak. Bagi mendapatkan data dan maklumat di dalam kajian ini berkaitan dengan Rumah Kutai, pengkaji akan menggunakan kaedah kualitatif dengan cara melakukan pemerhatian dan temubual.

Download File / URL

[thumbnail of ZAINAB BINTI OSMAN-C19A0852.pdf] Text
ZAINAB BINTI OSMAN-C19A0852.pdf

Download (2MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2023
Number of Pages: 150
Supervisor: Encik Sahrudin bin Mohamed Som
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/13029
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2