Digital Special Collection Portal

Kajian kepuasan pelancong terhadap pengurusan bangunan bersejarah di Kota Bharu Kelantan


Citation

Wan Nur Akirah Syuhada bt. Wan Ariffin (2023) Kajian kepuasan pelancong terhadap pengurusan bangunan bersejarah di Kota Bharu Kelantan. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan.

Abstract

Kepuasan pelancong merujuk kepada perasaan kepuasan yang ditunjukkan oleh setiap orang terhadap perkhidmatan yang diterima oleh mereka. Terdapat beberapa bangunan bersejarah di Kota Bharu yang menjadi destinasi pelancongan dan tumpuan kepada mereka yang datang ke Kelantan. Kajian ini telah mengumpulkan beberapa objektif seperti untuk mengenal pasti tahap kepuasan pelancong terhadap pengurusan bangunan bersejarah di Kota Bharu, Kelantan dengan memfokuskan kepada tiga bangunan ikonik di Kota Bharu iaitu Istana Jahar, Bank Kerapu dan Muzium Diraja Istana Batu. Kajian ini diteliti berdasarkan teori penolakan jangkaan (EDT) melalui kaedah campuran. Bagi bahagian kuantitatif, kaedah tinjauan menggunakan soal selidik telah digunakan. Seramai 302 pelancong telah dipilih menggunakan teknik rawak mudah menggunakan jadual Krejcie & Morgan. Tahap kepuasan pelancong diukur menggunakan Skala Likert, melalui Skala Likert lima tahap kepuasan pelancong terhadap pengurusan bangunan bersejarah di Kota Bharu Kelantan. Manakala kaedah pengumpulan data kualitatif pula digunakan melalui sesi temu bual bersama kakitangan serta pemerhatian di lokasi. Data kuantitatif dianalisis menggunakan analisis SPSS di mana analisis data kualitatif dilakukan menggunakan Clarke dan Braun (2016) iaitu 6 langkah analisis tematik. Kajian mendapati majoriti pelancong mempunyai tahap kepuasan yang tinggi terhadap pengurusan bangunan bersejarah di Kota Bharu walaupun terdapat isu berkaitan kutipan, perkhidmatan dan kebersihan. Responden berharap agar bangunan bersejarah di Kota Bharu, Kelantan dapat diselenggara dan dipulihara dengan baik untuk manfaat generasi akan datang. Kajian ini penting untuk menentukan tahap kepuasan pelancong terhadap pengurusan bangunan bersejarah di Istana Jahar, Bank Kerapu dan Muzium Diraja Istana Batu dari perspektif pelancong kerana ia membantu menambah baik perkhidmatan akhirnya menggalakkan kunjungan berulang.

Download File / URL

[thumbnail of WAN NUR AKIRAH SYUHADA WAN ARIFFIN C19A0869.pdf] Text
WAN NUR AKIRAH SYUHADA WAN ARIFFIN C19A0869.pdf

Download (2MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2023
Number of Pages: 98
Supervisor: Dr. Suraya Binti Sukri
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/13026
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2