Digital Special Collection Portal

Polemik dalam teks Himpunan 366 Cerita Rakyat Malaysia: suatu pengaplikasian teori takmilah


Citation

Syarah Aqilah binti Zulfakar (2023) Polemik dalam teks Himpunan 366 Cerita Rakyat Malaysia: suatu pengaplikasian teori takmilah. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan.

Abstract

Cerita rakyat merupakan sebuah karya sastera agung yang mana telah lama wujud sejak zaman nenek moyang lagi. Cerita rakyat banyak memperlihatkan perutusan yang positif dalam mendidik masyarakat ke arah pembentukan jati diri yang bermoral. Namun begitu, unsur polemik yang dipaparkan dalam cerita rakyat ini mendapat pandangan yang negatif oleh masyarakat. Hal ini demikian kerana, polemik dianggap sebagai suatu perkara yang tidak baik yang mana ditonjolkan oleh watak dalam cerita rakyat. Oleh itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti dan membincangkan polemik yang terkandung dalam cerita rakyat. Kajian ini membataskan hanya satu sahaja penggunaan buku cerita rakyat yang berjudul Himpunan 366 Cerita Rakyat Malaysia. Pemilihan cerita rakyat adalah sebanyak 36 buah cerita. Di samping itu, reka bentuk kajian ini adalah bersifat kualitatif yang mana kaedah kepustakaan dan kaedah rujukan teks digunakan. Pengaplikasian teori Takmilah digunakan sebagai suatu landasan dalam membentuk hujahan atau analisis yang berilmiah dan mantap serta kukuh. Tambahan pula, prinsip keenam iaitu pengkarya mengistikmalkan diri diberi fokus dalam melaksanakan analisis kajian ini. Hasil dapatan kajian mendapati bahawa menerusi teks Himpunan 366 Cerita Rakyat Malaysia sememangnya terkandung polemik. Walaupun polemik ini adalah suatu perkara yang negatif namun jika difahami dan diteliti balik ia dapat menyumbang kepada keinsafan dalam diri masyarakat serta memberi pengajaran kepada mereka dalam meningkatkan usaha untuk memperbaiki perilaku yang buruk ke arah lebih baik. Maka, polemik ini dapat meninggalkan kesan yang positif dalam kalangan masyarakat agar ia tidak lagi dilihat sebagai suatu yang isu yang tidak baik.

Download File / URL

[thumbnail of SYARAH AQILAH BINTI ZULFAKAR.pdf] Text
SYARAH AQILAH BINTI ZULFAKAR.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2023
Number of Pages: 171
Supervisor: Dr. Mohd Firdaus Bin Che Yaacob
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/13025
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2