Digital Special Collection Portal

Peranan Pihak Berkepentingan Terhadap Pemuliharaan Menara Lama Surau Tengkera, Melaka.


Citation

Nor Izzati Amirrudin (2023) Peranan Pihak Berkepentingan Terhadap Pemuliharaan Menara Lama Surau Tengkera, Melaka. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan.

Abstract

Kajian ini memfokuskan kepada peranan pihak berkepentingan dalam memulihara Menara Lama Surau Tengkera, Melaka. Walaupun usianya hampir mencecah 300 tahun, ianya mengandungi nilai-nilai warisan dan menggambarkan identiti Islam kepada masyarakat setempat. Namun begitu, menara lama ini tidak dapat dikekalkan kerana kurangnya penjagaan daripada pihak berkepentingan dan kurangnya penglibatan komuniti setempat. dalam kesedaran pemuliharaan. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji peranan pihak berkepentingan dalam proses pemuliharaan Menara Lama Surau Tengkera, Melaka. Terdapat tiga objektif utama kajian ini iaitu untuk mengenal pasti penglibatan pihak berkepentingan dalam proses pemuliharaan Menara Lama Surau Tengkera, mengkaji peranan pihak berkepentingan dalam proses pemuliharaan Menara Lama Surau Tengkera dan menganalisis usaha pihak berkepentingan dalam menghidupkan semula Menara Lama Surau Tengkera. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif di mana seramai sepuluh orang peserta kajian telah ditemu bual, dan aktiviti mereka diperhatikan. Semua data yang diperolehi daripada kerja lapangan dianalisis dengan analisis tematik. Hasilnya, kajian ini telah Berjaya mengeluarkan lima tema yang berkaitan dengan kajian iaitu pihak berkepentingan dalam proses pemuliharaan Menara Lama Surau Tengkera, kerja-kerja pemuliharaan yang dilakukan, peranan pihak berkepentingan dalam pemuliharaan menara lama, penglibatan komuniti setempat dan yang terakhir adalah usaha-usaha pemuliharaan untuk menghidupkan semula Menara Lama Surau Tengkera. Kesimpulannya, kajian ini adalah signifikan kerana ianya boleh menjadi rujukan masa hadapan dan memberikan pemahaman yang mendalam mengenai Menara Lama Surau Tengkera itu sendiri.

Download File / URL

[thumbnail of Nor Izzati Bt Amirrudin.pdf] Text
Nor Izzati Bt Amirrudin.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2023
Number of Pages: 95
Supervisor: Dr. Ainul Wahida binti Radzuan
Programme: Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan Dengan Kepujian
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/13020
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2