Digital Special Collection Portal

Pembentukan Sosioemosi Kanak-Kanak Melalui Teks Kumpulan Cerita Sang Kancil.


Citation

Nor Ayuni M. Aris (2023) Pembentukan Sosioemosi Kanak-Kanak Melalui Teks Kumpulan Cerita Sang Kancil. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan.

Abstract

Pembentukan sosioemosi dapat dilihat daripada tahap perkembangan dan kemahiran yang terdapat pada diri kanak-kanak apabila mereka dapat berfikir secara lebih matang. Pembentukan daripada aspek ini merupakan perkara yang sangat penting dan perlu dititikberatkan pada kanak-kanak supaya dapat memberi rangsangan terhadap diri mereka melalui perkembangan sosial emosinya. Permasalahan yang dapat dikaitkan dalam kajian ini dapat disentuh daripada masalah sosial kanak-kanak pada masa kini lebih terpengaruh dengan persekitaran yang sekarang, serta bahan bacaan kanak-kanak pada hari ini lebih tertumpukan kepada bahan bacaan yang berbentuk visual berbanding dengan bahan bacaan sastera kanak-kanak. Objektif dalam kajian ini bertujuan mengenal pasti unsur-unsur emosi dan mengkaji jenis-jenis pembentukan sosioemosi kanak-kanak yang dipaparkan dalam teks Kumpulan Cerita Sang Kancil. Oleh itu, pengkaji turut menganalisis kesan bahan bacaan dalam teks Kumpulan Cerita Sang Kancil yang dapat merangsang emosi kanak-kanak. Seterusnya, kajian ini juga menggunakan reka bentuk kualitatif dengan menggunakan Teori Perkembangan Sosioemosi dari Erik Erikson. Tujuan teori ini digunakan bertujuan untuk memantapkan lagi hasil analisis kajian yang dijalankan. Dapatan kajian mendapati bahawa bahan bacaan sastera seperti Kumpulan Cerita Sang Kancil sememangnya dapat membentuk sosioemosi kanak-kanak kerana terdapatnya unsur-unsur yang dapat merangsang emosi mereka dalam pertumbuhan dan pembesarannya.

Download File / URL

[thumbnail of Nor Ayuni Bt M. Aris.pdf] Text
Nor Ayuni Bt M. Aris.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2023
Number of Pages: 136
Supervisor: Dr. Nordiana binti Ab Jabar
Programme: Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan Dengan Kepujian
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/13018
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2