Digital Special Collection Portal

Representasi Lirik Lagu Rap Kmy Kmo Dan Luca Sikta Satu Analisis Kepengarangan.


Citation

Naizatul Nazira Abdul Aziz (2022) Representasi Lirik Lagu Rap Kmy Kmo Dan Luca Sikta Satu Analisis Kepengarangan. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan.

Abstract

Industri hiburan merupakan salah satu platform yang sangat memberi kesan kepada masyarakat kini. Lirik juga salah satu bahan sastera yang boleh diangkat kerana memiliki definisi yang tersendiri. Terdapat banyak genre dalam sesebuah lagu ini dapat meningkatkan lagi keunggulan pengarang itu sendiri. Kajian ini dilakukan kerana pengkaji mendapati bahawa pendengar lagu-lagu rap pada masa kini hanya sekadar dengar. Pendengar pada masa kini lebih memahami lirik yang mengandungi makna secara terus berdasarkan tajuk lagu berbanding lagu yang memiliki maksud tersirat disebalik lirik tersebut. Seterusnya, objektif utama kajian ini adalah mengenalpasti tema pemikiran penulis lirik lagu rap Kmy Kmo dan Luca Sikta, menghuraikan konsep puisi lirik lagu rap Kmy Kmo dan Luca Sikta, dan menganalisis impak lirik lagu rap kepada pelajar Universiti Malaysia Kelantan (UMK). Rekabentuk kajian yang digunakan adalah rekabentuk kualitatif iaitu digunakan untuk pengumpulan data, kaedah kepustakaan seperti artikel, buku, majalah, dan tesis serta kaedah internet. Teori teksdealisme dijadikan sebagai sandaran untuk meneliti dan merungkaikan setiap bait-bait lirik lagu rap berdasarkan konsep puisi yang terdapat dalam lirik lagu rap. Hasil kajian mendapati bahawa lagu rap seperti Zuhud, Nekad, Gong Nekara, Neraca, 7 Nasihat, Makuta, Playaz, No Way, Perjalanan, Hamba, Bersama Kita, Sifar, Dua Puluh, Jakun Dengan Mimpi, Wejangan Indra, dan Demi Mu Kekasih merupakan sebuah karya berbentuk lagu yang memiliki ciri puisi terhasil dalam penyampaian implisit sebagai memberi pesanan, sindiran halus, dan nasihat kepada masyarakat ini agar sentiasa berjaga-jaga dengan situasi kini agar tidak sesat jalan kelak nanti.

Download File / URL

[thumbnail of Naizatul Nazira Bt Abdul Aziz.pdf] Text
Naizatul Nazira Bt Abdul Aziz.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2022
Number of Pages: 113
Supervisor: Dr. Nordiana binti Ab Jabar
Programme: Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan Dengan Kepujian
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/13012
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2