Digital Special Collection Portal

Kajian Sejarah Dan Perkembangan Istana Kuning, Alor Setar, Kedah.


Citation

Muhammad Furqan Fawze (2023) Kajian Sejarah Dan Perkembangan Istana Kuning, Alor Setar, Kedah. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan.

Abstract

Kajian yang bertajuk Sejarah Dan Perkembangan Istana Kuning ini bertujuan untuk mengenal pasti unsur senibina yang digunakan semasa pembinaan Istana Kuning, mengkaji sejarah dan perkembangan Istana Kuning serta mengenal pasti perbezaan fungsi penggunaan Istana Kuning. Sehubungan dengan itu, timbul beberapa masalah semasa kajian dilakukan antaranya kekurangan maklumat yang menyukarkan pengkaji memperoleh data daripadanya dan ia pula semakin dilupakan oleh kerana peredaran zaman serta tiadanya kajian yang dilakukan terhadapnya. Justeru itu, pengkaji telah mengumpulkan setiap data-data dan maklumat yang diperlukan serta sahih. Rekabentuk kajian ialah pelan tindakan yang memperlihatkan secara terperinci bagaimana sesuatu kajian itu dijalankan (Sabhita, 2006). Oleh itu, rekabentuk kajian yang digunapakai oleh pengkaji ini adalah berbentuk kualitatif yang merangkumi kajian temubual, kajian pemerhatian, kajian literatur da kajian sumber internet. Sehubungan dengan itu, hasil kajian ini telah mencapai ketiga-tiga objektif utama. Objektif yang pertama adalah mengenal pasti unsur senibina yang digunakan semasa pembinaan Istana Kuning yang berkonsepkan pengaruh kolonial dan melayu. Manakala, objektif kedua pula sejarah dan perkembangan Istana Kuning untuk melihat bagaimana proses ianya dibina. Bagi objektif ketiga pula iaitu mengenal pasti perbezaan fungsi penggunaan Istana Kuning untuk melihat bagaimana fungsinya digunakan. Kesimpulannya, pengkaji berjaya memenuhi ketiga-tiga objektif dengan jayanya.

Download File / URL

[thumbnail of Muhammad Furqan Bin Fawze.pdf] Text
Muhammad Furqan Bin Fawze.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2023
Number of Pages: 73
Supervisor: Pn. Farrah Atikah Binti Saari
Programme: Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan Dengan Kepujian
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/13007
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2