Digital Special Collection Portal

Kajian Terhadap Pemetaan Rumah Tradisional Melaka Yang Memberi Kesan Terhadap Persepsi Masyarakat Di Tiga Kampung Kawasan Masjid Tanah.


Citation

Muhammad Farhan Ismail (2023) Kajian Terhadap Pemetaan Rumah Tradisional Melaka Yang Memberi Kesan Terhadap Persepsi Masyarakat Di Tiga Kampung Kawasan Masjid Tanah. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan.

Abstract

Kajian ini dilaksanakan adalah untuk mengetahui berkaitan pemetaan rumah tradisional Melaka yang memberi kesan terhadap masyarakat di tiga kampung kawasan Masjid Tanah. Tiga kampung yang terdapat di dalam kawasan kajian ini ialah Kampung Solok Kemang, Kampung Londang dan Kampumg Solok Air Kelulut. Permasalahan yang dihadapi dalam kajian ini adalah tiadanya kesedaran kepada masyarakat setempat berkaitan lokasi bilangan rumah tradisional Melaka, kurangnya pemetaan terhadap bangunan warisan di Malaysia dan kurangnya kesedaran terhadap kepentingan pemuliharaan bangunan warisan. Kajian ini akan tertumpu kepada lokasi bilangan taburan rumah tradisional Melaka di 3 kampung Masjid Tanah. Seterusnya, kajian ini juga memberikan tumpuan terhadap tipologi rumah tradisional yang terdapat pada kawasan kajian. Selain itu, kajian ini juga tertumpu kepada kepentingan pemeliharaan rumah tradisional Melaka sebagai khazanah negara. Pengkaji akan menggunakan kedua-dua kaedah iaitu kualitatif dan kuantitatif iaitu penggunaan kaedah dari pemerhatian dan soal selidik. Setiap data yang diperoleh melalui kaedah tersebut akan dianalisis dan dirumuskan untuk mencapai objektif kajian ini. Diharap kajian ini dapat membuka mata dan menghargai berkaitan dengan kepentingan rumah tradisional Melaka.

Download File / URL

[thumbnail of Muhammad Farhan Bin Ismail.pdf] Text
Muhammad Farhan Bin Ismail.pdf

Download (4MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2023
Number of Pages: 120
Supervisor: Pn. Farrah Atikah Binti Saari
Programme: Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan Dengan Kepujian
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/13001
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2