Digital Special Collection Portal

Kajian terhadap fungsi utama gong dalam persembahan dikir barat di Kelantan


Citation

Siti Nur Shahira binti Sha’ari (2023) Kajian terhadap fungsi utama gong dalam persembahan dikir barat di Kelantan. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan.

Abstract

Kajian ini membincangkan tentang fungsi utama gong dalam persembahan dikir barat yang menjadi identiti dan cultural expression kepada masyarakat melayu dalam hiburan tradisi. Dalam kajian ini, antara aspek yang diteliti adalah fungsi utama gong tersebut dalam persembahan dikir barat di Kelantan. Selain itu turut memfokuskan kepada proses-proses pembuatan gong. Dikir barat juga merupakan salah satu warisan negara yang telah diangkat tinggi pada zaman dahulu. Dikir barat ini berasal daripada negeri Kelantan dan ia menjadi kebanggaan rakyat negeri tersebut. Namun kini, seni warisan dikir barat telah berkembang di seluruh Malaysia bukan sahaja di Semenanjung malah ia turut terkenal di peringkat antarabangsa. Menerusi kaedah kualitatif dengan cara mendapatkan maklumat dengan cara pendokumentasian cara-cara pembuatan alat muzik gong. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji dengan lebih jelas tentang peranan utama gong dalam persembahan dikir barat di Kelantan. Dapatan kajian ini membuktikan bahawa alat muzik gong sangat penting dalam persembahan dikir barat.

Download File / URL

[thumbnail of SITI NUR SHAHIRA BINTI SHA'ARI.pdf] Text
SITI NUR SHAHIRA BINTI SHA'ARI.pdf

Download (3MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2023
Number of Pages: 54
Supervisor: Shaipuddin bin Muhammad
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/12998
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2