Digital Special Collection Portal

Hati budi melayu dalam teks Seuntaian Naratif Lisan di Lembangan Sungai Pengkalan Datu, Kelantan


Citation

Siti Nur Anis binti Wan Abdullah (2023) Hati budi melayu dalam teks Seuntaian Naratif Lisan di Lembangan Sungai Pengkalan Datu, Kelantan. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan.

Abstract

Cerita rakyat ialah penyampaian hasil pengucapan secara lisan yang amat mudah difahami, mengandungi unsur hiburan dan memiliki nilai-nilai murni yang tinggi kepada lapisan masyarakat yang disampaikan oleh nenek moyang pada zaman dahulu. Kajian ini adalah satu kajian yang mengkaji secara terperinci berkaitan hati budi Melayu dalam cerita rakyat. Hati budi dapat menggambarkan keperibadian seseorang manusia yang ditampilkan melalui cara pertuturan, sifat dan tingkah laku. Kajian ini dilaksanakan untuk mengenal pasti dan menganalisis hati budi Melayu dalam cerita rakyat mempengaruhi keperibadian generasi kini dalam teks Seuntaian Naratif Lisan di Lembangan Sungai Pengkalan Datu, Kelantan. Reka bentuk kajian kualitatif diaplikasikan dalam kajian merangkumi kajian kepustakaan dan kaedah rujukan teks dan dokumen. Teori Pengkaedahan Melayu juga digunakan sebagai deduktif kajian iaitu menggunakan pendekatan kemasyarakatan, dakwah dan moral. Menerusi kajian ini juga, pengkaji membataskan pengkajian kepada 26 komponen teras hati budi Melayu seperti hidup berteraskan agama Islam, menanam budi, sikap berdikari dan banyak lagi. Hasil dapatan menunjukkan bahawa hati budi Melayu dalam cerita rakyat memberikan impak yang positif terhadap kehidupan generasi kini serta memupuk pembentukan insaniah dan melahirkan seorang insan yang budiman. Kata Kunci: Cerita Rakyat, Hati Budi, Teori Pengkaedahan Melayu.

Download File / URL

[thumbnail of SITI NUR ANIS BINTI WAN ABDULLAH (C19A0767).pdf] Text
SITI NUR ANIS BINTI WAN ABDULLAH (C19A0767).pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2023
Number of Pages: 236
Supervisor: Dr. Mohd Firdaus Bin Che Yaacob
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/12997
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2