Kajian ini dijalankan untuk mengkaji Persepsi Masyarakat Terhadap Pemuliharaan Masjid Lama Belimbing Dalam, Yang Memberi Kesan Kepada Masyarakat Di Durian Tunggal Alor Gajah,Melaka. Lokasi yang dipilih untuk menjalankan kajian ini ialah di daerah Alor Gajah, Melaka kerana di situ terletaknya masjid lama tersebut. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah kuantitaif seperti pemerhatian dan temu bual, Setiap data yang diperolehi melalui kaedah tersebut akan dianalisis dan dirumuskan untuk mencapai objektif kajian ini. Tambahan pula, ditambah dengan kaedah kualitatif seperti soal selidik bagi mencari maklumat dan data bagi menyokong data yang diperolehi oleh kaedah kuantitatif. Dapatan kajian yang dilakukan mendapati bahawa penduduk setempat menyokong penuh proses konservasi dan pemuliharaan Masjid Lama Belimbing Dalam ini. Selain itu, didapati juga bahawa terdapat beberapa usaha pembaikpulih ataupun proses konservasi telah dilakukan pada Masjid Lama Belimbing Dalam ni ini bagi memelihara struktur binaanya yang telah runtuh dan berusia lebih daripada 300 tahun. Dengan ini diharapkan bahawa kajian ini akan dapat membantu dengan dijadikan sebagai rujukan untuk penyelidik akan datang yang ingin mengenali tentang senibina dan sejarah Masjid Lama Belimbing Dalam ini.